RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Disember 2022

Jalan Batang Kali-Genting akan Dibuka Bulan Depan

Jalan Batang Kali-Genting dijangka akan dibuka semula kepada lalulintas pada bulan depan, Januari 2023.

Laluan itu ditutup sejak pertengahan bulan Disember 2022 setelah berlakunya tanah runtuh di salah satu cerunnya. Tanah runtuh itu telah mengakibatkan 31 kematian di bawah cerun yang juga merupakan sebuah tapak perkemahan. Setelah itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) mengumumkan kerja-kerja penyelidikkan dan pembaikkan yang dianggarkan akan mengambil masa sehingga setahun. Ketua Setiausaha KKR juga mengumumkan penutupan jalan itu pada 20hb. Disember yang lepas.

Keputusan itu telah ditemui dengan banyak keluhan oleh penduduk-penduduk serta pekerja-pekerja di Genting Highland, mahupun pengusaha-pengusaha resort di sekitar kawasan itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kemudiannya berjumpa dengan Jabatan Kerja Raya Selangor pada 23 Disember yang lalu. Hasil perjumpaan itu, JKR akan melebarkan jalan tersebut serta membukanya kembali kepada orangramai pada bulan hadapan (Januari 2023). Beliau berkata pembukaan semula jalan itu dapat membantu 4,000 hingga 5,000 penduduk di Batang Kali.

"Kita akan besarkan kawasan di sebelah kiri atau kanan Jalan Batang Kali-Genting Highlands, untuk membenarkan penduduk di Batang Kali menggunakan jalan itu.

"Namun, hanya kenderaan ringan boleh melalui jalan ini. Kawasan itu sudah ditambak dengan batu dan dipadatkan, kita juga akan aturkan pasukan keselamatan untuk mengawal laluan berkenaan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amirudin memaklumkan, Kerajaan Selangor tidak akan menganjurkan sebarang majlis sambutan ambang tahun baharu 2023, bagi menghormati mangsa yang terbabit dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri tidak menghalang pihak lain seperti syarikat swasta atau kelab penduduk untuk mengadakan majlis berkenaan, namun ia perlu dibuat secara sederhana.

"Mungkin tahun ini kita boleh teruskan dengan program solat hajat, seperti yang dibuat pada tahun lalu. Untuk itu, saya sedang merujuk dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak lain yang berkaitan.

"Saya juga akan hadir ke program itu, tapi bukan ke program berbentuk hiburan dan sebagainya," katanya.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.