RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Oktober 2022

Rekod Dunia 'World's Largest Female Biker Meet 2022'

World's Largest Female Biker Meet 2022' adalah acara perhimpunan para pencinta motosikal khususnya untuk wanita yang dianjurkan oleh Moto Advisor (kumpulan peminat motosikal FB di UK). Tahun ini merupakan penganjuran kali keempat untuk acara ini dan telah mendapat penajaan daripada Triumph Motorcycles United Kingdom.

Moto Advisor diasaskan oleh Sherrie Woolf dan Nimi Patel yang merupakan peminat dua roda. Mereka mula berkenalan di ACE Café pada tahun 2014 ketika menghadiri salah satu perhimpunan permotoran. Tidak lama kemudian Nimi merealisasikan ideanya dengan acara pertama mereka pada tahun 2015 dengan kehadiran 618 rider wanita dan angka ini telah memecahkan 'Rekod Dunia' di Australia yang telah mengumpul seramai 200 rider wanita sebelum itu. Selepas itu rider wanita dari Australia itu sekali-lagi mengadakan acara yang sama dan kali ini meraih peningkatan kehadiran dengan seramai 1,002 rider wanita.

Pada tahun 2017, Moto Advisor sekali lagi berjaya memecah rekod dunia dengan kehadiran seramai 1,132 wanita dari beberapa negara. Setelah hampir dua tahun seluruh negara dalam pandemik, sekali lagi selepas 10 bulan Moto Advisor merancang untuk memecahkan rekod dunia mereka sendiri.

Info: Acara ini terbuka kepada semua penunggang motosikal (lelaki dan wanita) tetapi hanya 'rider' wanita sahaja yang akan dikira untuk pengiraan.

Setelah perbincangan dan mendapat persetujuan daripada beberapa pihak yang sedia untuk turut membantu, Moto Advisor dengan kerjasama Triumph Motorcycles kembali menganjurkan acara yang cukup istimewa ini pada 24 Julai 2022 yang lalu. 'World's Largest Female Biker Meet' ini berlangsung di Triumph Motorcycles, Hinckley, England.

Pendaftaran bermula dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang untuk percubaan mencipta rekod dunia. Proses ini lebih lancar dengan adanya bantuan dan kerjasama dari beberapa kelab motosikal seperti Ace Café London, MotoGirls.co.uk, iAM, BloodBike, Mental Health Motorbike dan Bike Save (kumpulan Polis di England) yang turut memberi latihan tunggangan selamat (safety riding).

Kita dapat melihat pelbagai jenama dan saiz enjin motosikal yang hadir ke acara ini, termasuklah motosikal elektrik iaitu model Maeving buatan British. Jentera ini tidak mengguna gear, tidak perlu bahan api dan tidak juga berbunyi “broomm.. broomm...” Beberapa buah kelab rider wanita dari Eropah tidak melepaskan peluang ini untuk turut hadir mencipta sejarah.

Terdapat juga para peserta dari negara Asia seperti Nz Yor @ Kak Nor dari Malaysia dan peserta dari Pakistan iaitu Saudari Guliafshan.

Acara ini sememangnya dinanti-nantikan oleh para pencinta motosikal wanita. Ia adalah tempat terbaik untuk mereka dapat berkumpul dan bersuai kenal dengan rider wanita dari pelbagai negara dan latar belakang yang selama ini belum pernah pun berjumpa secara bersemuka.

Para pengunjung yang hadir termasuk dari mereka yang baru belajar menunggang motosikal. Selain itu, ia juga tempat perjumpaan 'isitmewa' dengan wanita hebat dalam dunia permotoran yang telah mengembara ke seluruh pelusuk dunia seperti Tiffany Coastes dan Caroline Lunnon. Hadir menyerikan acara pada hari tersebut ialah penunggang dari WIMA Belgium seramai 10 orang. Ada di antara rider wanita tersebut yang datang bersama pasangan masing-masing.

Triumph Motorcycles mempamerkan beberapa motosikal keluaran terkini yang sudah pasti menarik minat setiap pengunjung yang hadir. Ada yang bergambar dan ramai yang menguji kemantapan jentera-jentera Triumph di tapak pameran.

Tahniah buat pihak penganjur! Moto Advisor sekali lagi berjaya memecahkan rekod dunia dengan kehadiran penunggang wanita seramai 1,549 orang. Bila ditanya apakah perancangan Moto Advisor selepas program ini, mereka menyatakan akan terus cuba untuk memecah rekod sedia ada di masa akan datang.

Sherrie turut mengatakan hasratnya untuk menganjurkan acara seperti ini di destinasi luar dari England. Moto Advisor akan sentiasa berkerjasama dengan kelab atau persatuan motosikal wanita walaupun dari negara luar dan inilah semangat yang sangat positif demi kebaikan bersama.

Semoga usaha mereka bertambah maju dalam”Women Empowerment”. RR

- Nz York

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.