RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Januari 2023

Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP Lancarkan Warna untuk 2023

Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP merupakan pesaing pertama yang melancarkan warna motosikal mereka buat musim 2023.

Pelancaran itu telah dijalankan di Indonesia ketika pertemuan pengedar Yamaha yang dikatakan sebagai perjumpaan terbesar seumpanya di dunia. Pelumba-pelumba pasukan pengilang itu, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli hadir di majlis tersebut. Turut hadir ialah ketua pasukan Lin Jarvis, pengarah pasukan Yamaha MotoGP Massimo Meregalli, dan Presiden Yamaha Yoshihiro Hidaka.

Walaupun tema warna biru tua dan hitam masih dikekalkan, ia dicampur dengan tema "camouflage." Tema baharu ini dibuat oleh pereka helmet yang terkenal, Aldo Drudi. Drudi jugalah yang mereka helmet-helmet bagi Valentino Rossi. Jarvis berkata tema warna ini turut akan digunakan oleh pasukan-pasukan pengilang Yamaha di dalam perlumbaan Supercross dan Motocross kelak.

"Saya selalu berpendapat bahawa motosikal kita yang paling cantik di dalam dunia sukan permotoran tetapi sekarang ia lebih agresif. Juga kelihatan lebih muda," tambah Jarvis. "Ideanya ialah untuk lebih agresif. Kami akan berperang. Kami akan mencabar mereka!"

Apapun, Yamaha belum mendedahkan perkembangan teknikal yang baharu. Juara Dunia 2021, Fabio Quartararo telah bergelut di suku kedua musim 2022 tetapi akhirnya terpaksa mengalah kepada Francesco Bagnaia dan Ducati.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700