RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Februari 2023

CFMOTO 800 MT Explore Edition Dilancarkan

Ramai peminat motosikal di Malaysia masih rasa takut apabila mendapat tahu sesuatu pembuat motosikal berasal daripada negara China. Antaranya kerana terdapat beberapa jenama yang memburukkan reputasi motosikal daripada negara tersebut. Tetapi, kita boleh lihat sudah banyak jenama-jenama yang terkenal sedang bekerjasama dengan beberapa pembuat di sana dan menghasilkan motosikal yang berjaya di taraf antarabangsa. Di antaranya ialah CFMOTO yang bekerjasama dengan KTM. Kini, CFMOTO 800 MT Explore Edition pula dilancarkan setelah siri 800 MT mendapat sambutan yang baik.

Motosikal siri ini menggunakan enjin KTM 790 Duke/Adventure sebagai titik permulaan kerana CFMOTO lah yang menghasilkan enjin LC8c ini. Ia menghasilkan 95hp dan 73Nm tork. Tetapi Explore Edition ini merupakan varian terunggul di dalam banjaran 800 MT. 

Mula sekali, ia dilengkapi dengan sebuah sistem pemantauan titik buta yang canggih. Sistem ini menggunakan sebuah sensor radar di belakang motosikal untuk memantau samada ada kenderaan yang tidak kelihatan di dalam cermin pandang belakang. Selain daripada itu, varian model ini juga sekarang dilengkapi dengan sebuah skrin TFT yang lebih besar berukuran 8-inci. Skrin ini boleh disentuh, serta mempunyai kawalan melalui suara dan pautan Bluetooth. Ia juga mempunyai ciri pandu arah (navigasi).

Komponen-komponen lain termasuk tayar dwi-sport Michelin, brek J.Juan (yang merupakan sebuah anak syarikat Brembo), mod elektronik yang diperhalusi.

CFMOTO belum mengumumkan harga varian ini.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.