RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Februari 2023

Beli Motosikal Honda, Sertai Peraduan "Buy Honda Win Kaw Kaw!"

Boon Siew Honda (BSH) telah menganjurkan satu peraduan "Buy Honda Win kaw Kaw!" yang menawarkan pelbagai hadiah cukup menarik sekali!

Peraduan ini bermula dari 1 Februari sehingga 31 Mac 2023 yang terbuka kepada pembeli motosikal Honda baharu berkapasiti 160cc dan ke bawah. Peserta yang menyertai peraduan ini berpeluang memenangi salah satu daripada 1,000 hadiah terkumpul berjumlah RM999,999. Antara hadiah paling menarik sekali ialah Honda CBR250RR, Honda Forza, Honda CBR150R dan Honda ADV160.

Para peserta yang berminat untuk menyertai peraduan ini perlu membeli salah satu motosikal jenama Honda baru yang disenaraikan dan perlu membuat pembelian dalam tempoh kempen tersebut sahaja. Antara model-model yang disenaraikan ialah Honda CBR150R, ADV160, Vario 160 , RSX, RS150R, Dash 125, Wave 125i, BeAT dan Wave Alpha.

Setelah membuat pembelian, para peserta perlu mengikut langkah-langkah yang diperlukan untuk menyertai peraduan ini:

  1. Mengambil gambar anda bersama motosikal Honda yang baru dibeli dengan cara paling kreatif dan muat naik gambar tersebut ke laman Facebook atau Instagram anda
  2. Di ruangan Caption, sila masukkan #BuyHondaWinKawKaw dan jangan lupa tag @Honda Motorcycle Malaysia

Selepas itu, sila lengkapkan borang Google Form dengan mengisi maklumat berikut:

  • Nama penuh seperti dalam kad pengenalan
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor telefon
  • Alamat Surat-menyurat
  • Nombor pendaftaran motosikal
  • Pautan post Facebook/Instagram

Berikut merupakan hadiah yang ditawarkan:

  • Empat unit Honda CBR250RR atau Honda Forza (pemenang boleh memilih salah satu model)
  • Enam unit Honda CBR150R atau Honda ADV160 (pemenang boleh memilih salah satu model)
  • 20 unit Samsung Galaxy Z Flip4
  • 30 unit Apple IPAD 10th generation
  • 300 unit Fitbit Charge 5
  • 40 baucer Shoei bernilai RM2,000
  • 100 baucer Alpinestar bernilai RM1,000
  • 500 baucer JD Sports bernilai RM500

Pemenang dengan gambar paling kreatif akan diumumkan pada 13 Mac 2023 (500 pemenang) dan 17 April 2023 (500 pemenang) di laman facebook Honda Motorcycle Malaysia.

Setiap perkara dalam peraduan "Buy Honda Win Kaw Kaw" adalah tertakluk pada terma & syarat yang ditetapkan oleh pihak BSH. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Boon Siew Honda menerusi pautan ini: https://boonsiewhonda.com.my/en/buy-honda-win-kaw-kaw/ RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.