RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Februari 2023

TNB akan Belanja RM90 Juta Bangunkan Stesen Pengecasan Kenderaan

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membelanjakan RM90 juta sepanjang dua tahun bagi mendirikan stesen pengecasan arus terus (direct current - DC) bagi kenderaan elektrik di Malaysia.

Pengarah pengurusan projek kenderaan elektrik TNB, En. Mohd. Junaizee Mohd. Noor berkata syarikatnya telah mula membina tiga stesen pengecasan kenderaan elektrik di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Ayer Keroh (Melaka), Tapah (Perak) dan Paka (Terengganu). Mereka akan membina 7 lagi stesen sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk jumlah 10 stesen sebelum hujung tahun ini.

Projek ini akan membolehkan pengguna kenderaan elektrik mengecas kenderaan mereka apabila perlu dan tidak risau lagi akan kehabisan cas elektrik apabila memandu jarak jauh, tambah beliau.

Inisiatif ini merupakan suatu langkah yang amat baik bagi mereka yang ingin berubah kepada kenderaan elektrik tetapi hanya terpaksa menunggang jarak dekat di dalam bandar sahaja buat masa ini. Namun, kita harus ingat bahawa motosikal atau skuter elektrik yang akan datang kebanyakkannya mempunyai ciri penukaran bateri, justeru akan terdapat stesen-stesen penukaran bateri apabila kenderaan-kenderaan ini mula mendapat sambutan yang lebih menggalakkan.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).