RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Februari 2023

Damon Motors Memasukki Pasaran Indonesia

Syarikat motosikal elektrik baharu, Damon Motors (tiada kaitan dengan Matt Damon ya), telah memasukki pasaran Indonesia melalui kerjasama dengan PT Indika Energy. Syarikat Indonesia itu akan menjadi pengedar tunggal bagi banjaran motosikal Damon.

Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif Damon, Jay Giraud berkata, "Perjalanan saya dengan Damon bermula di Indonesia, jadi kerjasama dengan Indika Energy ini membawa saya kembali ke tempat asal. Indonesia telah mengemukakan pelan induk untuk mencapai sasaran sifar karbon pada 2060. Oleh itu, Damon bertekad untuk mencapai sasaran ini bersama dengan Indika Energy."

Giraud sebenarnya mendapat inspirasi untuk memulakan motosikal Damon ketika dia melawat bandaraya Jakarta pada 2016. Dia mendapati bahawa Indonesia mempunyai potensi penggunaan motosikal yang tersebar di dunia. Damon Motors ditubuhkan setahun kemudian.

Damon Motors sedang mengembangkan rangkaian mereka secara agresif dan sedang mendapat banyak tempahan untuk motosikal-motosikal mereka, iaitu HyperSport jenis supersport dan HyperFighter jenis naked. Jentera HyperSport boleh menjangkau kelajuan 320 km/j. Laman web mereka juga berkata mereka telah menerima tempah bernilai USD90 juta dan sedang pesat membina motosikal yang telah ditempah itu.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.