RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Februari 2023

Honda X-ADV Tampil Dengan Warna Baru Pada Harga RM68,899

Boon Siew Honda Sdn Bhd kini memperkenalkan warna terbaru untuk skuter adventure popular, X-ADV yang sememangnya merupakan antara model paling digemari oleh para pencinta dua roda di Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2018 yang lalu, Honda X-ADV mendapat respons yang sangat positif di kalangan para peminat motosikal. Ini adalah kerana X-ADV menawarkan kejuruteraan yang cukup unik dari segi rekabentuk dan prestasi enjin yang mantap. Model ini didatangkan dengan enjin kembar parallel 745cc, Euro 5 yang berkuasa 43kW @ 6,750rpm dan tork 69Nm @ 4,750rpm. Sistem transmisi DCT 6-kelajuan yang dimiliki oleh Honda ini memang cukup sesuai untuk tunggangan santai, memecut di lebuhraya dan mengembara di laluan-laluan lasak.

Warna baru untuk Honda X-ADV ini ialah Putih Shasta yang menjadikannya tampak lebih elegan tetapi pada masa yang sama, garang dan agresif. Bahagian hadapan dikemaskan dengan lampu-lampu LED beserta lampu DRL. Cermin pengadang angin di depan boleh dilaras kepada lima tahap ketinggian dan rekaan ini bersesuaian untuk pelbagai jenis penunggang termasuklah untuk mengharungi pengembaraan ribuan kilometer.

Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh X-ADV ini ialah sistem Dual Clutch Transmission (DCT), sistem Selectable Torque Control (HSTC) dan sudah pastinya sistem ABS untuk tujuan keselamatan di pelbagai keadaan.

Panel meter model ini bersaiz 5-inci dan ia adalah jenis TFT yang cukup terang, jelas dan moden. Menerusi teknologi Honda Smartphone Voice Control System (HSVCS) pula, pemiliknya dapat menerima panggilan telefon, email, muzik dan navigasi ketika berada di atas jalan raya.

Kini, terdapat tiga warna untuk model X-ADV 750 di pasaran iaitu Shasta White, Mat Ballistic Black Metallic dan Pearl Deep Mud Grey. Harga cadangan untuk model ini ialah RM68,899. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, berkunjung terus ke para pengedar Honda BigWing berhampiran anda atau hubungi: 1-800-88-3993 atau layari http://www.hondabigbike.com.my. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.