RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Mac 2023

KTM 890 SMT Baharu akan Dilancarkan

KTM 890 SMT baharu akan dilancarkan pada 24 April 2023. Berita ini disahkan sendiri oleh pembuat daripada negara Austria itu.

Gambar-gambar tangkap curi sebuah prototaip KTM yang sedang diuji telah menjadi tular di internet sejak Febuari tahun ini. Hasil itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa ia merupakan SMT baharu dan akan dilancarkan pada pertengahan atau hujung tahun ini bagi tahun 2024. Namun, ia akan dilancarkan lebih awal daripada jangkaan.

KTM juga telah memuatnaik sebuah video acah yang menunjukkan sebuah model tanah liat SMT yang kelihatan di dalam telefon pelakon video itu. Bentuknya agak sama seperti prototaip yang difoto curi.

Pembuat itu telah juga mengesahkan bahawa model baharu ini berasaskan 890 Adventure. Justeru ia menggunakan enjin dwi-silinder selari LC8c yang menghasilkan 103hp di dalam versi Adventure. Gambar itu juga menunjukkan ekzos, frem, lengan ayun dikongsi dengan 890 Adventure. Perbezaannya terbesar bagi 890 SMT ialah suspensi, roda dan brek. SMT akan menggunakan roda 17-inci aloi berbanding dengan roda 21-inci depan dan 18-inci belakang. Brek SMT pula dikongsi dengan unit daripada model naked 890 Duke R.

Satu lagi perbezaan untuk 890 SMT ialah ketiadaan tangki minyak yang berada di tepi enjin, tidak seperti model Adventure. 

Model KTM SMT yang terakhir merupakan 990 SMT yang dikeluarkan di antara 2009 hingga 2013. Ia telah mendapat sambutan yang sungguh baik sebelum KTM memberikan lebih banyak perhatian kepada siri 1190/1290 Super Adventure. Dalam istilah KTM, "SM" bermaksud "supermoto" manakala "T" bermaksud "touring" (jelajah). Oleh itu, model SMT sebenarnya sebuah motosikal prestasi yang dipasangkan dengan fairing dan kelengkapan untuk berjelajah.

Daripada segi harga, ia akan berada di sekitar harga 890 Duke R (RM75,800) dan 890 Adventure (RM82,688).

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.