RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Mac 2023

5 Tip Penjagaan Tayar Anda

Ok, anda telah memasang satu set tayar baharu yang paling mencengkam pada motosikal anda. Langkah seterusnya ialah bagaimana caranya untuk menjaga mereka agar dapat memberikan prestasi yang terbaik.

Tayar memerlukan sedikit penjagaan tetapi ia tidak intensif dan tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang terlalu mendalam. Apapun, kita sedia sedar bahawa motosikal yang paling power pun tidak ke mana jika tidak ada tayar.

Penjagaan tayar bermula daripada ketika mereka dipasang. Anda perlu membawa motosikal dengan lebih cermat untuk 300km yang pertama.

Membawa motosikal dengan laju dengan tayar baharu merupakan sesuatu tindakan yang tidak wajar kerana permukaan tayar baharu masih licin. Anda boleh lihat permukaannya agak kilat pada masa itu. Oleh yang demikian, anda perlu mengambil sedikit masa bagi "mengasah" permukaannya.

Selain daripada itu, sesebuah tayar dibuat daripada beberapa jenis bahan (sebab itu ia dipanggil kompaun) dan bahan-bahan ini memerlukan haba untuk menggabungkan mereka dengan sempurna. Sebaliknya, jika sesebuah tayar baharu dipanaskan dengan mendadak pada peringkat awal, bahan-bahan di dalamnya mungkin tidak dapat diserasikan dengan betul. Apabila ini telah berlaku, tayar akan menjadi cepat keras sebelum ia sampai ke hujung hayatnya.

Tekanan angin tayar merupakan faktor terpenting di dalam aspek penjagaan tayar.

Tayar yang kurang angin akan cepat memanas dan cepat haus. Ia mungkin juga akan cepat rosak (merekah, terkopek). Tambah lagi, ia menyebabkan enjin motosikal terpaksa bekerja dengan lebih keras dan menggunakan terlalu banyak petrol. Selain daripada itu, pengendalian motosikal akan terasa "berat."

Sebaliknya tayar yang diisi terlalu penuh pula akan haus di bahagian tengah sahaja. Ia juga akan menyebabkan motosikal kurang selesa kerana tayar yang keras tidak dapat menyerap bonggol jalan. Tayar juga akan senang membuang kerana ia melantun-lantun di atas permukaan jalan.

Oleh yang demikian, ikutlah tekanan angin yang disyorkan oleh pembuat motosikal anda. Tekanan angin ini selalunya dipaparkan pada lengan ayun motosikal serta di dalam buku panduan pengguna.

Tip bonus: Periksa tekanan angin tayar anda apabila tayar masih sejuk (belum bergerak) kerana tayar yang sudah panas akan memberikan bacaan yang lebih tinggi kerana tekanan udara di dalamnya telah bertambah. Juga, jangan harapkan meter angin di stesen petrol kerana ia tidak dikalibrasi. Sebaiknya-baiknya anda gunakan meter angin mudahalih sendiri.

Kita harusnya periksa keadaan tayar motosikal dengan lebih kerap, sebaik-baiknya setiap kali sebelum dan selepas menunggang. Motosikal hanya mempunyai dua tayar dan mereka merupakan talian hidup kita. Apa-apa keadaan yang tidak normal seperti rekahan, pancit, corak haus hendaklah diuruskan dengan segera.

Tayar-tayar motosikal hendaklah sentiasa bersih. Ini bukan sekadar bagi motosikal kita nampak kemas tetapi ia membolehkan kita perasan terhadap apa-apa keadaan tidak normal atau kerosakan. Bersihkan tayar dengan produk pembersih tayar, bukan dengan menggunakan bahan-bahan peluntur seperti petrol, minyak tanah, diesel.

Sebaik-baiknya tayar yang telah ditembusi objek, samada pancit atau tidak, hendaklah ditukar kerana objek itu telah menembusi beberapa bahagian struktur dalaman. Tetapi kami faham bahawa menukar tayar bukan suatu perkara yang praktikal bagi semua pengguna.

Jadi, jika anda membaikki kerosakan dengan "cacing," anda harus ingat bahawa ia bukanlah kaedah pembaikkan untuk jangkamasa panjang. Ia hendaklah digantikan dengan kaedah penampalan daripada dalam tayar. Jika anda menggunakan tiub dalaman, tukarlah tiub itu kepada yang baharu.

Itu sahaja tip-tip untuk menjaga tayar anda. Tayar yang dijaga dengan baik akan memberikan keseronokan dan nilai untuk wang anda, serta menjaga keselamatan anda.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.