RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Mac 2023

Monopoli PUSPAKOM akan Ditamatkan

Perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dibuka kepada pihak berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan selepas konsesi semasa kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) tamat pada 31 Ogos 2024.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata perkara itu diputuskan Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu menyaksikan tiada lagi monopoli PUSPAKOM sebagai penyedia pemeriksaan berkala kenderaan motor berkuat kuasa 1 September 2024. Beliau berkata, proses pelawaan kepada pihak yang berminat dalam menyediakan perkhidmatan akan dibuka selewat-lewatnya suku pertama 2024.

"Keputusan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran perkhidmatan yang berdaya saing serta memudahkan seluruh rakyat," beliau berkata. "Serentak itu kami turut mempelawa pihak yang berminat dan memenuhi syarat untuk membuat permohonan yang bermula selewat-lewatnya suku pertama tahun depan, jadi tiada lagi soal monopoli," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Loke berkata, bagi melaksanakan keputusan itu, kementeriannya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membangunkan syarat kelayakan, peraturan pengoperasian, skop perkhidmatan, penetapan lokasi pemeriksaan dan garis panduan bagi pihak lain yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan itu.

Katanya, bagi memastikan keseragaman peraturan dan keadilan dalam aspek persaingan, pihak yang berminat akan diwajibkan untuk memenuhi semua syarat dan peraturan sama yang telah dikenakan kepada PUSPAKOM di bawah Perjanjian Konsesi.

"Ini termasuk kewajipan melantik pekerja yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan sahaja, menyedia dan menggunakan peralatan pemeriksaan berkomputer yang dikawal selia dan diluluskan oleh JPJ, menyediakan perkhidmatan dengan mematuhi skop, standard dan prosedur pemeriksaan motor yang ditetapkan sepenuhnya."

"Pihak JPJ akan secara berterusan mengaudit dan memantau semua pihak yang menyediakan perkhidmatan itu bagi memastikan pematuhan, kualiti dan integriti pemeriksaan. Mana-mana pihak yang didapati melanggar syarat ditetapkan boleh dikenakan penalti atau dibatalkan kebenaran menjalankan pemeriksaan terbabit," katanya.

Loke berkata, MOT juga akan memastikan bahawa pembukaan pemeriksaan berkala kepada pihak lain tidak menyumbang kepada elemen persaingan tidak sihat serta membawa kesan negatif kepada penyediaan perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor di bawah Akta 333.

Tambah beliau, kerajaan juga bersetuju melanjutkan perjanjian konsesi PUSPAKOM untuk 15 tahun lagi berkuat kuasa 1 September 2024 dengan penambahbaikan terma perjanjian sedia ada.

Beliau berkata, JPJ juga akan turut menambah baik aspek pemantauan, pengawalseliaan dan auditan ke atas semua pusat dan aktiviti pemeriksaan PUSPAKOM di sepanjang tempoh perjanjian konsesi berkuat kuasa.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.