RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Mac 2023

12 Lorong RFID Tambahan telah Siap

Kami sedar berita ini merupakan bagi kenderaan lain dan tidak berkenaan dengan motosikal, tetapi mungkin ada di antara anda yang juga memandu, ataupun hendak berkongsi berita ini dengan kenalan anda. Baru-baru ini, Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu bahawa kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lalu.

Kerja-kerja tersebut dijadualkan siap pada pertengahan April ini, namun ia berjaya disiapkan lebih awal.

Lorong tambahan RFID berkenaan adalah di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

"Saya diberi jaminan bahawa sistem RFID ini akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang terbaik, namun saya juga mengharapkan kerjasama daripada penggguna RFID di lebuh raya PLUS untuk sentiasa menggunakan Lorong RFID atau mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari plaza tol.

"Pada masa yang sama juga pengguna hendaklah memastikan baki eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kerana berjaya melakukan kerja-kerja berkenaan lebih awal daripada yang dijadualkan sebelum ini.

Pada Januari lalu, Nanta telah mengumumkan penambahan 12 lorong RFID di beberapa plaza tol PLUS bagi mengatasi masalah kesesakan di lorong berkenaan yang telah banyak menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.