RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Mac 2023

CFMOTO Papio XO-1 Dilancarkan di China

Tidak cukup dengan 450SR, 800NK, sekarang motosikal mini CFMoto Papio XO-1 pula dilancarkan.

Model ini berdasarkan Papio ST-125 tetapi telah diberikan rekabentuk yang berupa superbike klasik. Ia menggunakan enjin 125cc, silinder tunggal dengan suntikan bahanapi dan penyejukan cecair yang sama. Enjin ini menghasilkan 9.5hp pada 8,500 RPM dan tork sebanyak 7.9Nm pada 6,500 RPM. Oleh yang demikian, prestasinya agak sama dengan Honda MSX 125 (Grom).

Walaupun prestasinya nampak rendah, ia merupakan sebuah motosikal yang amat berguna di dalam pekan. Rekabentuknya pun agak comel, dengan sebelah lampunya memaparkan bentuk 'O' manakala yang sebelah lagi berbentuk 'X' bagi mengikuti nama XO-nya. Lampu belakangnya pula dibelah-belah dan peredam bunyi ekzosnys berada ditempatkan di bawah pelana belakang.

Walauapapun, model ini hanya buat pasaran negara China buat masa ini dan dijual pada harga USD 1,560 (RM 6,865). Adakah ia akan datang ke Malaysia kelak?

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.