RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 April 2023

Honda Sekali Lagi Raih Anugerah Reka Bentuk Red Dot

Honda dengan bangganya telah meraih anugerah berprestij di acara 2023 Red Dot Design Award menerusi CB750 Hornet dan XL750 Transalp.

Honda XL750 Transalp.
Honda XL750 Transalp.

'The Red Dot Award' ialah satu penganugerahan eksklusif di peringkat antarabangsa yang mengiktiraf rekabentuk produk cemerlang yang estetik, berfungsi, pintar dan berinovatif. Untuk menerima anugerah ini, setiap rekaan dipilih oleh panel 50 pakar antarabangsa yang menguji dan menilai setiap penyertaan dan pemenang diadili menerusi keperluan teknikal, sosial, ekonomi dan ekologi terkini pengguna.

Honda CB750 Hornet.
Honda CB750 Hornet.

Honda CB750 merupakan sebuah model jalanan yang dihidupkan semula berinspirasi dari model-model sebelumnya. Ia disempurnakan dengan enjin baru kembar-parallel berisipadu 755cc, kerangka keluli-berlian lebih ringan yang menjadikan prestasi cukup mantap.

Pasukan reka bentuk Honda di Rom menyatakan bahawa CB750 baru ini sebagai ekspresi kontemporari mengenai keindahan sudut teknikal yang dipadankan dengan garisan-garisan tajam dan agresif. Tanda dan ciri utama Hornet baru ini terletak pada tangki petrolnya yang dicipta berasaskan bentuk sayap seekor tebuan dan melambangkan ketegapan otot sebuah jentera Streetfighter.

Honda XL750 Transalp juga turut menerima penghormatan tertinggi daripada juri Red Dot. Ini menandakan kembalinya nama Transalp kepada barisan motosikal Honda selepas 'hilang' hampir sedekad, Transalp XL750 membawakan crossover do-it-all yang selesa kepada penunggang generasi baharu. Dibina di sekeliling enjin silinder berkembar selari 755cc serba baharu yang sama seperti Hornet, ia betul-betul merujuk kepada XL600V Transalp yang ikonik tahun 1986 tetapi dengan rupa moden yang cukup-cukup mantap.

Honda XL750 Transalp.
Honda XL750 Transalp.

Terima kasih kepada fairing dan rekaan skrin yang melindungi serta mengurangkan hentaman dalam cuaca tidak menentu. Model ini juga tampak Anggun, ringkas dan cukup sesuai untuk mereka yang sukakan dunia pengembaraan.

Honda Civic Type R.
Honda Civic Type R.

Turut menerima anugerah Reka Bentuk Red Dot ialah Honda Civic e:HEV dan Civic Type R. Kedua-dua model ini menarik perhatian juri menerusi nilai kecantikan warna, bahan-bahan berkualiti tinggi, teknologi moden dan keselesaan untuk pemandu dan penumpang lain. RR

Isu Pada

Mei 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.