RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 April 2023

Acara 'We Ride As One' Edisi Kedua Pasti Lebih Meriah

'We Ride As One' merupakan acara di peringkat global yang mengumpulkan komuniti para pemilik jentera Ducati atau Ducatista pada setiap 6hb Mei setiap tahun, di setiap bandar untuk bertemu, berkumpul dan meraikan semangat mereka untuk jenama itu.

Ini adalah edisi kedua format berikutan kejayaan yang tercipta pada penganjuran yang pertama, iaitu di Minggu Ducati Sedunia 2022 yang, serta-merta menjadi acara tetap di kalendar setiap hari Sabtu pertama, bulan Mei. Pemilik dan pencinta Ducati akan berkumpul di pusat pengedar di seluruh dunia untuk menunggang bersama dalam pelbagai perarakan yag cukup gempak.

Pengedar Ducati, dengan sokongan Kelab Rasmi Ducati (DOC), sedang berusaha untuk menganjurkan program sebegini di setiap lokasi dengan gaya unik yang berbeasa. Contohnya, Ducatisti di Rom(Itali) akan mengambil bahagian dalam perarakan di pusat bandar bersejarah itu yang diketuai oleh pelumba MotoGP Gresini Racing Team, Fabio Di Giannantonio.

Acara 'We Ride As One' di Jepun.
Acara 'We Ride As One' di Jepun.

Di Jepun, peminat akan menunggang bersama-sama ke tempat istimewa, Hakone Venetian Glass Museum, di mana mereka akan menikmati makan tengah hari di dalam Muzium Gunung Fuji yang menawarkan pemandangan indah. Di Rennes (Perancis) pula para peserta menunggang bersama ke Teluk Mont Saint Michel yang indah.

Di Malaysia juga tidak terkecuali, Ducati Malaysia telah meraikan acara ini tahun lalu di pusat pengedar mereka di Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Pulau Pinang.

'We Ride As One' di Malaysia.
'We Ride As One' di Malaysia.

Untuk penganjuran kali ini, Ducatisti di London, Dublin, Madrid, Tokyo, Avignon, Munich, Shanghai, Dubai, Rio de Janeiro, Milan, New Delhi, Bangkok, Amsterdam, Brussels, Sydney dan banyak bandar lain di dunia kesemuanya sedia untuk menggamatkan suasana. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).