RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 April 2023

Harley-Davidson X500 Dilancarkan dengan Rasmi

Harley-Davidson X500 telah akhirnya dilancarkan dengan rasmi di Shanghai Auto Show 2023, China. Ia merupakan model yang kedua hasil kerjasama Harley-Davidson dengan pembuat motosikal China, Qianjiang (QJ), setelah model X300 dilancarkan pada bulan lepas.

Seperti yang disangkakan, ia sebenarnya mengongsi banyak persamaan dengan Benelli Leoncino 500 (Benelli berada di bawah naungan Qianjiang). Banyak komponen seperti roda, brek, fork dan bentuk keseluruhannya berupada Leoncino 500. Oleh itu, ia tidak kelihatan seperti motosikal Harley-Davidson yang tradisional sama-sekali. Secara telus, ia berupa sebuah Leoncino 500 yang telah diubahsuai rekabentuknya.

Enjinnya juga sama dengan Leoncino 500, iaitu jenis dwi-silinder selari, sejukan cecair dengan suntikan bahanapi yang menghasilkan 47hp. Fork depan berupa jenis terbalik berdiameter 50mm, manakala suspensi belakang menggunakan monoshok. Roda depan dan belakang berukuran 17 inci, dengan dua cakera brek di depan dan satu cakera di belakang. Panel meternya terdiri daripada dua buah meter separa digital dengan hanya ciri ABS tanpa sebarang sistem sumbangan yang lain.

Harley-Davidson telah bekerjasama dengan Qianjiang untuk beberapa tahun. Mungkinkah mereka akan menghasilkan model-model yang lebih garang?

Qianjiang merupakan antara pembuat motosikal yang terbesar di China dan merupakan penuang untuk beberapa jenama seperti Benelli, Keeway, QJ Motor. Mereka juga bekerjasama dengan MV Agusta selain daripada Harley-Davidson.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.