RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 April 2023

Yamaha Aerox (Yamaha NVX) Mendapat Ciri Kawalan Traksi di India

Yamaha NVX (atau Aerox di beberpa pasaran lain) diminati kerana bentuknya yang sporty serta prestasinya.

Ia sebenarnya berkongsi enjin dengan beberapa model berprestasi yang lain iaitu Y16ZR dan YZF-R15M. Enjin 155cc ini menggunakan sistem injap Variable Valve Actuation (VVA - Dorongan Injap Varibel) yang menjimatkan minyak, serta memberikan tork yang kuat pada RPM rendah, dan kuasa (HP) yang tinggi pada RPM tinggi. Oleh itu, tidak hairanlah ada NVX yang telah diubahsuai yang boleh mengejar motosikal berkapasiti yang lebih besar!

Namun, ia mungkin suatu ciri yang penting dan Yamaha telah bertindakbalas dengan memperkenalkan sistem kawalan traksi (TCS - Traction Control System) untuk Aerox 155. Ia merupakan suatu perkembangan yang positif kerana model ini sering ditunggang dengan cara sporty.

Selain daripada itu, ia juga dilengkapi dengan sistem ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) di roda depan sebagai ciri standard. Anda boleh memilih di antara ciri ABS atau tidak di Malaysia. Yamaha NVX/Aerox hanya boleh memuatkan sistem ABS di roda depan kerana roda belakang masih menggunakan brek dram dan bukan brek cakera.

Ciri-ciri baharu ini diperkenalkan bagi Aerox di pasaran India sahaja buat masa ini. Kita terpaksa tunggu dan lihat samada ia turut akan dibawa ke pasaran Malaysia.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.