RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 April 2023

Aksi Wheelie Sambut Raya bawa Padah

Pasangan suami isteri yang melakukan aksi wheelie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu setelah mereka akhirnya menyerah diri.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mencari pasangan itu tetapi mereka menghilangkan diri selama dua hari. Video yang menunjukkan aksi mereka menaikki sebuah EX5 dan membuat aksi merbahaya itu ketika berpakaian baju Melayu dan baju kurung ketika Hari Raya Aidilfitri telah tular di media sosial. Ia membawa padah apabila video itu dikesan oleh PDRM. Aksi wheelie juga dikenali sebagai aksi pacak di mana roda depan motosikal di angkat daripada jalan ketika motosikal bergerak.

Pihak mahkamah membenarkan permohon reman (tahan) selama tiga hari sehingga 30 April terhadap pengendali motosikal itu bagi PDRM melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sementara itu, mahkamah tidak membenarkan permohonan reman terhadap pembonceng tersebut di atas alasan bahawa dia hanya seorang saksi, justeru dibebaskan.

Seksyen itu ialah bagi kesalahan memandu dengan cara melulu atau merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Pesalah boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 jika disabit kesalahan.

Suspek lelaki yang disyakki penunggang motosikal itu hanya berumur 17 tahun, manakala pemboncengnya yang juga merupakan isterinya baru berusia 16 tahun.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.