RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Mei 2023

Empat Jenama Besar, Honda, Suzuki, Yamaha dan Kawasaki Bekerjasama Bangunkan Enjin Berkuasa Hidrogen

Empat jenama pengeluar motosikal besar di Jepun iaitu Honda, Suzuki, Yamaha dan Kawasaki telah diberi kelulusan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Insdustri untuk membangunkan pasukan penyelidikan HySE (Hydrogen Small Mobility and Engine Technology). Kerjasama ini bertujuan membangunkan enjin berkuasa hidrogen untuk mobiliti kecil.

Mengikut perancangan yang dibentangkan oleh HySE, Honda sebagai ketua akan menyelidik pembangunan berasaskan enjin berkuasa hidrogen. Manakala Suzuki melakukan kajian berkenaan fungsi, prestasi dan reliabiliti enjin hidrogen. Yamaha dan Kawasaki pula menjalankan tugas sebagai penyelidik secara langsung menggunakan enjin hidrogen bagi menilai fungsi, prestasi dan reliabiliti dalam dunia sebenar.

Pada masa yang sama, Yamaha juga akan mengkaji keperluan sistem mengisi bahan api hidrogen dan tangki hidrogen untuk mobiliti kecil. Kawaski juga akan menumpukan kajian peralatan tambahan untuk sistem bekalan bahan api dan tangki serta peralatan yang dipasang pada tangki dan injektor.

Selain empat jenama besar ini, Kawasaki Heavy Industries (KHI) dan Toyota Motor Corporation juga turut bersama menyertai HySE sebagai anggota khas. Kehadiran untuk kedua-dua syarikat ini juga amat penting kerana KHI dan Toyota lebih berpengalaman dan maju kehadapan tentang penyelidikan mengenai hidrogen. KHI antara penganjur utama untuk 'Persatuan Penyelidikan Teknologi Rantaian Bekalan Tenaga Hidrogen Bebas CO2' (HySTRA) akan memacu aktiviti HySE berdasarkan pengetahuan mereka yang diperolehi daripada aktivi untuk HySTRA.

Toyota pula akan mengambil alih memanfaatkan hasil penyelidikan HySE untuk pembangunan enjin hidrogen, pengetahuan, analisis dan mereka bentuk unit bahan api hidrogen yang besar untuk kenderaan empat roda. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.