RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Mei 2023

Warna Baharu bagi Ducati SuperSport 950 S untuk 2024

Ducati 950 S tahun 2024 baru sahaja diperkenalkan. Walaupun tiada pertukaran atau pembaharuan besar buat model ini, Ducati memperkenalkan warna yang baharu yang dipanggil 
Stripe (Jalur).

Warna putih masih dikekalkan tetapi ia sekarang ditambah dengan jalur perak dan merah bagi menambahkan sedikit dimensi kepada rekabentuk model ini. Banjaran model S pula tiada yang bewarna merah. Sebaliknya, warna merah yang sinonim dengan Ducati itu hanya untuk model asas sahaja.

Peningkatan yang paling utama sebenarnya ialah untuk sistem suspensi. Varian S akan mendapat fork depan dan monoshok belakang Öhlins yang boleh laras sepenuhnya. Selain daripada itu, penutup pelana pembonceng juga didatangkan sebagai ciri standard. Kedua-dua roda akan berwarna hitam kilat dengan nama Ducati bewarna merah.

Model Ducati SuperSport 950 S ini menggunakan enjin V-twin Ducati Testastretta 937cc. Ia menghasilkan 110hp pada 9,000 RPM dan 92.2 Nm at 6,500 RPM. Enjin ini merupakan sebuah unit trenkuasa yang masih kekal lama dan sudah agak terbukti. Ducati berkata ia boleh diservis setiap 15,000 km, manakala pelarasan injap Desmo akan dilakukan setiap 30,000 km. Ciri-ciri lain termasuk skrin TFT 4.3-inci dengan tiga mod tunggangan (Sport, Touring, Urban), kawalan traksi, dan kawalan wheelie.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.