RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Mei 2023

Benelli Best Shop Kuala Selangor Kini Dibuka

Mforce Bike Holdings Sdn bhd selaku pengedar rasmi jentera Benelli di Malaysia telah merasmikan pembukaan kedai eksklusif Benelli Best Shop yang terletak di Kuala Selangor.

Benelli Best Shop Kuala Selangor diuruskan oleh G.C.ANN Motor Enterprise Sdn Bhd yang mempunyai ruang pameran cukup luas dan disusun dengan model-model Benelli terkini. Pusat ini juga turut menawarkan perkhidmatan selepas jualan, alat ganti tulen dan terdapat ruang penyelenggaraan motosikal Benelli. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga boleh membeli barangan eksklusif seperti jaket, topi keledar serta macam-macam lagi.

Majlis dirasmikan dengan acara memotong reben dan menandatangani plak oleh para VIP. Terdapat juga persembahan tarian singa yang juga merupakan sebahagian daripada tradisi kaum Cina. Turut hadir konvoi-konvoi dari pelbagai jenama keluara Mforce bagi memeriahkan lagi majlis pembukaan Benelli Best Shop Kuala Selangor ini.

Para pengunjung yang hadir juga berpeluang menunggang uji pelbagai jentera dari Mforce, pemeriksaan servis asas secara percuma, menikmati 20% diskaun alat ganti dan barangan terpilih serta terdapat acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Benelli Best Shop Kuala Selangor terletak di No. 1G, 1A&1B Jalan Seri Temenggung 3, Jalan Taman Temenggung, 45000 Kuala Selangor, Selangor. Bilik pamera ini dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu dari jam 9.00 pagi - 7.00 petang. RR

Isu Pada

Julai 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.