RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Mei 2023

Kementerian Kerja Raya Akui Kekurangan RFID

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengakui bahawa ada kekurangan dengan teknologi Radio Frequency Identification (RFID)  atau Identifikasi Frekuensi Radio) di plaza tol lebuhraya. 

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad bagaimanapun berkata, KKR melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sudah meminta syarikat pengendali lebuh raya untuk membuat pelarasan lebih kerap di lorong-lorong RFID agar kecekapan dapat dipertingkatkan.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berkaitan mengapa sistem RFID masih mengalami masalah sehingga berlaku kesesakan di plaza tol dan apa rancangan kerajaan bagi mengatasi masalah itu.

Abdul Rahman berkata, mod pilihan pembayaran kepada pengguna juga akan dipelbagaikan selaras dengan hasrat kerajaan melaksanakan sistem kutipan tol secara Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) pada 2025.

Katanya, perkara itu tidak terhad kepada satu skim penyedia pembayaran seperti sekarang (Touch n Go) dan ini tidak langsung akan membantu pengguna mengatasi isu kekurangan baki sewaktu melalui gantri tol, seterusnya melancarkan pergerakan pengguna lebuh raya.

"Buat masa ini, kerajaan sedang memperhalusi kaedah pelaksanaan sistem MLFF ini bagi memberikan keselesaan yang terbaik kepada pengguna lebuh raya," katanya.

Kekurangan RFID ini sudah menjadi suatu perkara yang biasa bagi pemandu dan sering dibangkitkan oleh netizen sejak ia dilaksanakan, termasuklah memberi nama ejekan Reverse, Forward, Insy'Allah Detect (Undur, Ke Depan, Insy'Allah Dikesan).

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.