RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Mei 2023

QJ Motor SRT 700, QJ Motor SRT 700 X Dilancarkan di Eropah

Dua buah motosikal adventure yang baharu, QJ Motor SRT 700, QJ Motor SRT 700 X telah dilancarkan di Eropah. QJ Motor yang dibawah naungan Qianjiang Motorcycle juga merupakan pemengang jenama Benelli justeru ada beberapa model QJ Motor yang dijualkan sebagai Benelli di pasaran-pasaran tertentu.

Variant SRT 700 merupakan motosikal dual-sport yang lebih cenderung kepada tunggangan di atas jalan berturap, dan menggunakan tayar bersaiz 120/70 ZR17 di depan dan 160/60 ZR17 di belakang. Bagi varian SRT 700 X pula, ia merupakan motosikal yang lebih berkemampuan untuk ditunggang off-road berbanding dengan SRT 700 standard, dan menggunakan tayar bersaiz 110/80 ZR19 di depan dan 150/70 ZR17 di belakang.

Kedua-dua model turut menggunakan enjin yang sama, yang merupakan jenis silinder-berkembar sebaris dengan penyejukan cecair, berkapasiti 698cc. Ia menghasilkan 73.5hp pada 8,000 RPM dan tork sebanyak. 63.7Nm pada 6,000 RPM. Perbezaan 2,000 RPM di antara tork maksimum dan kuasa maksimum bermaksud enjin ini mempunyai banjaran kuasa yang lebih luas. Selain daripada itu, kedua-dua varian dilengkapi dengan skrin TFT, lampu-lampu LED, ciri pautan Bluetooth, pengecas USB, dan pemanas hendel.

Walaupun prestasi enjin motosikal ini tidak berada di tahap Honda Transalp serta Suzuki V-Strom yang baharu, apa yang menarik merupakan harganya yang lebih rendah daripada saingannya. Ia dijual pada €6,999 (RM34,554) berbanding dengan Transalp 750 yang berharga €10,690 (RM52,777) dan V-Strom 650 €9,695 (RM47,865).

Adalah kedua-dua model akan sampai di Malaysia kelak?

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.