RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mac 2014

Dapat Topi Keledar Dapat Jumpa Fahmi

Kepada 100 pemilik pertama topi keledar Shoei J-Cruise Zulfahmi pastinya pengalaman membeli topi keledar ini cukup berharga. Mereka bukan sahaja telah memiliki sebuah topi keledar yang sangat cantik tetapi juga turut diraikan di sebuah restoran termuka di Kuala Lumpur yang dihadiri sendiri oleh pelumba idola mereka iaitu Zulfahmi Khairuddin, pelumba Moto3 negara.

Zulfahmi dan Zaki Ismail melancarkan topi keledar replika Zulfahmi.
Zulfahmi dan Zaki Ismail melancarkan topi keledar replika Zulfahmi.

Turut memeriahkan lagi majlis penyampaian topi keledar istimewa itu ialah Datuk Razlan Razali (CEO SIC), En. Zaki Ismail (Pereka corak J-Cruise) dan En. Lee Thiam Chai (Pengarah Urusan RK South Asia) yang menegaskan majlis hari ini adalah tanda ucapan terima kasih kepada semua pembeli dan penyokong Shoei J-Cruise. “Dengan kehadiran Zulfahmi pada hari ini juga telah menyemarakkan lagi semangat para penyokong pasukan Moto3 negara. Fahmi bakal membawa cabaran Malaysia ke persada dunia tidak lama lagi,” tambah beliau.

 Puas dapat memiliki topi keledar edisi terhad ini.
Puas dapat memiliki topi keledar edisi terhad ini.

Hanya sebanyak 280 unit J-Cruise sahaja dijual di Malaysia pada harga RM1,588 seunit dan menurut seniman yang membuat lakaran menarik ini, En. Zaki, dia menghabiskan sekitar dua ke tiga jam untuk membuat lakaran asas dengan menggunakan tangan. “Sememangnya menjadi impian saya untuk menghasilkan rekaan seperti ini buat para pelumba Malaysia kerana ia adalah kebanggaan kita semua. Selain Zulfahmi, saya turut membuat rekaan untuk topi keledar pelumba-pelumba negara yang lain seperti Hafizh Syahrin, Hafiq Azmi dan Jazeman Jaafar.

Para peminat tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama Zulfahmi
Para peminat tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama Zulfahmi

Para pemilik J-Cruise Zulfahmi yang datang bukan sahaja dari Kuala Lumpur tetapi juga negeri-negeri lain. Selepas menjamu selera, para pemilik topi keledar sempat beramah mesra dan bergambar bersama Zulfahmi. Ada yang sekadar ingin bergambar, ada juga yang mengambil kesempatan untuk berbual dengan pelumba kegemaran mereka. RR

Isu Pada

Mac 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.