RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 Jun 2023

Honda RS150R 2023 Dikemaskini Dengan Warna Baru

Honda RS150R mula memasuki pasaran negara pada tahun 2016. Sejak perlancarannya pada ketika itu model ini ternyata telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana menampilkan rekabentuk yang cukup agresif serta berkuasa. Tahun demi tahun model ini tela menerima kemaskini terbaru. Kali terakhir RS150R menerima kemaskini warna baru pada Mac 2022.

Sebagai model untuk 2023, Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan warna baru untuk Honda RS150R yang menampilkan skewa warna lebih premium iaitu Mat Charcoal Gray Metallic.

Dari segi spesifikasi yang lain masih lagi kekal iaitu menggunakan enjin bersesaran 149.2cc, silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjinnya mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm.  Untuk prestasi tunggang yang lebih baik, model ini turut dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, klac manual dan pacuan jenis rantai. Antara ciri lain yang ada adalah lampu hadapan jenis LED, paparan meter digital dan brek-brek jenis cakera.

Honda RS150R 2023 tersedia di semua pusat pengedar Honda yang sah dan terpilih di seluruh negara bermula 3 Jun 2023. Model ini ditawarkan pada harga bilimpameran disyorkan RM8,299 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu).

Untuk maklumat lanjut berkenaan Honda RS150R, sila melawat pengedar Honda atau hubungi di talian bebas Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau layari http://www.boonsiewhonda.com.my. RR

Isu Pada

Julai 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.