RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Jun 2023

Kuala Lumpur Bike Show 2023 Dilancarkan. Pameran Motosikal, Basikal, Aksesori, Fesyen dan Konsert Menanti Anda!

Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS '23) dengan rasminya telah dilancarkan oleh Director-General Tourism Malaysia, Dato’ Dr. Ammar Abd Ghapar. ‘Pesta’ motosikal ini dianjurkan oleh Moventuum Sdn Bhd dan majalah RodaRoda ini bakal diadakan di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada 24hb hingga 27hb Ogos 2023.

“Saya memuji pihak penganjur atas dedikasi dan kerja keras mereka dalam menjayakan acara ini. Pameran KLBS '23 adalah yang pertama seumpamanya di bandaraya ini, dan saya percaya ia berpotensi untuk menetapkan piawaian baharu sebagai tempat berkumpul peminat motosikal dari dalam dan luar negara,” kata Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Dato Dr Ammar Abd Ghapar.

Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Dato Dr Ammar Abd Ghapar.
Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Dato Dr Ammar Abd Ghapar.

“Dengan menganjurkan acara yang unik dan menarik, kita dapat menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan, merangsang aktiviti ekonomi dan mewujudkan impak positif dan berkekalan kepada masyarakat setempat,” tambah beliau.

Pengarah Moventuum Sdn Bhd, En. Farouk Nurish.
Pengarah Moventuum Sdn Bhd, En. Farouk Nurish.

KLBS ’23 merupakan pameran pertama di Malaysia yang memfokuskan hanya kepada industri dua roda. Selain mempertengahkan model-model baru dari pelbagai model dan jenama motosikal, aksesori, sesi tunggang uji, pertunjukkan fesyen yang turut melibatkan maestro pakaian lelaki, Bon Zainal dan konsert hebat oleh kumpulan rock terkenal negara, Wings.

Pengarah Majalah RodaRoda, Dr Yusseri Yusoff.
Pengarah Majalah RodaRoda, Dr Yusseri Yusoff.

“KLBS lebih daripada sekadar pameran, pertunjukan benar-benar merangkumi konsep gaya hidup di mana aktiviti kali ini turut akan merangkumi muzik, fesyen dan hiburan gaya hidup yang lain. KLBS ’23 akan menjadi acara tahunan ini yang memberi tumpuan khususnya untuk industri dua roda. Acara ini juga direka untuk menarik pengunjung antarabangsa dan kami mempunyai cita-cita untuk mengembangkan acara ini pada tahun-tahun akan datang,” kata Pengarah Moventuum Sdn Bhd, En. Farouk Nurish.

Pengarah Majalah RodaRoda, Dr Yusseri Yusoff berkata, “Kuala Lumpur Bike Show bersedia untuk menjadi platform yang penting oleh industri motosikal untuk mengetengahkan teknologi terkini dan pembangunan produk masing-masing. Statistik menunjukkan segmen motosikal elektrik juga memiliki potensi yang besar terutamanya dengan tumpuan kerajaan baru-baru ini terhadap kenderaan elektrik (EV) dan rantaian bekalan yang berkaitan.”

Turut diadakan nanti ialah sesi perbincangan meja bulat bertemakan ‘The New Era of Road Safety’ anjuran Crisis Management Centre dan The National Press serta sesi diskusi atau forum yang menyentuh aspek ‘Environmental, Social and Governance (ESG) and Mobility’ oleh Malaysia Global Business.

Tiket-tiket untuk mengunjungi KLBS '23 kini sudah boleh dibeli. Tiket 'Early Bird' dibuka sekarang hingga 30 Jun 2023. Harga tiket harian adalah RM18 untuk dewasa dan RM14 untuk kanak-kanak. Untuk pas 4 hari pula, tiket berharga RM45 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Mulai 1 Julai 2023, tiket akan dijual pada harga biasa. Tiket untuk konsert pula dijual berasingan. RR

Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi: https://kualalumpurbikeshow.com/

Isu Pada

Julai 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.