RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Jun 2023

6 Pakaian yang tidak Sesuai untuk Bermotosikal

Mungkin anda pernah mendengar istillah “ATGATT”. Ia merupakan singkatan untuk “all the gears, all the time” (semua pakaian perlindungan, setiap masa).

Malangnya, masih ramai yang hanya memakai topi keledar tanpa pakaian pelindung yang lain, mentang-mentanglah kerana pemakaian topi keledar diwajibkan oleh undang-undang. Malah kebanyakan juga berpakaian yang tidak selamat serta terdedah kepada risiko bahaya di jalan raya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa cuaca negara kita sangat panas namun kita tidak boleh mengabaikan keselamatan kita.

Jika jari kaki kita terasa amat sakit bila  tertendang bucu katil, apakah perlindungan baginya jika terkena batu atau permukaan jalan? Bahkan kelajuan 20 km/j sudah boleh menyebabkan kecederaan pada kaki kita.

Kasut sukan menutup seluruh kaki dan selesa tetapi ia sebenarnya tidak dapat memberikan perlindungan yang sebaik-baiknya, kerana ia masih terlalu lembut. Selain daripada itu, ia hanya menutupi kaki sahaja sehingga paras pergelangan kaki.

Seluar jeans digemari oleh ramai orang kerana ia merupakan pakai untuk pelbagai guna, termasuklah kepada penunggang motosikal. Terdapat angapan bahawa seluar jeans cukup tebal untuk melindungi kulit kita, tetapi ia sebenarnya tidak tahan geseran. Jadi, bolehkah seluar pendek dan skirt panjang/pendek dapat memberikan perlindungan yang sewajarnya? Selain daripada, berhati-hati juga jika anda memakai skirt yang panjang mahupun jaket yang terlalu besar kerana ia boleh ditarik oleh rantai motosikal.

Kita boleh memakai jenis pakaian ini ketika menunggang motosikal, tetapi dengan syarat kita sarungkan jaket motosikal. Kulit kita tidak akan tahan geseran dengan permukaan jalan.

Okey, bagus, sudah berpakaian lengkap tetapi peralatan menunggang yang serba hitam mungkin akan kelihatan 'cool' tetapi menjadikan kita tidak kelihatan kepada pengguna jalan raya yang. Mereka sudah mengalami kesukaran untuk melihat kita walaupun di hari siang yang terang-benderang, apatah lagi jika kita berupa bayang-bayang di atas motosikal.

Topi keledar motosikal yang memenuhi piawaian dihasilkan dalam bentuk yang sedemikian rupa setelah melalui penyelidikan dan pengembangan, serta pengalaman yang berabad lamanya. Mengubah bentuknya menjadi barang hiasan seperti Predator dan sebagainya akan membahayakan keselamatan anda. Sebenarnya, topi keledar yang dijual sebagai barang hiasan biasanya mempunyai pelekat yang mengatakan "NOT FOR ROAD USE" bermaksud ia bukan untuk kegunaan di atas jalan raya.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.