RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Jun 2023

7 Sebab Mengembara Solo lebih Memuaskan Hati

Kalau kawan-kawan ajak konvoi bermotosikal pergi makan lemang atau durian kita akan ikut sahaja, namun kita kadang-kadang mahu juga bersendirian ketika menunggang.

Sebenarnya tidak usah fikirkan pun sebab-sebab kita hendak bermotosikal secara solo tetapi beberapa poin sebagai dorongan kepada anda.

Ini biasanya sebab utama penunggang motosikal suka menunggang secara solo. Sudah tiba masanya untuk menjauhkan diripada budaya tempat kerja yang suka mengumpat orang, "kawan-kawan" yang hanya berpura-pura, sausana bandar yang merimaskan, bos yang tidak menghargai usaha kita, dan banyak lagi. Sebabnya tidak pernah berakhir dan hanya kita sendirlah yang mengetahuinya. Menunggang motosikal di atas jalan kegemaran kita dapat menengkan fikiran.

Tekananan untuk melayan kehendak semua rakan ketika berkonvoi adalah nyata. Ada yang mendesak untuk menunggang dengan lebih pantas; ada yang terjerit-jerit yang konvoi terlalu laju. Ada yang gemar layan selekoh, ada yang ingin menunggang menegak sahaja sebab hendak tayarnya berbentuk segi empat. Kemudian ada pula yang mengutuk rakan yang kurang "speed," ada yang mengutuk peserta lain sebagai pengecut sebab tidak mahu mengambil risiko. Balik nanti mulalah seorang-seorang unfriend, unfollow, block, left group.

Ah! Kalau hendak begini baik pergi kerja sahaja daripada keluar berkonvoi! Solusinya mudah: Kita keluar berjelalah secara solo.

Menunggang bersendirian juga bermaksud tiada tekanan untuk mematuhi jadual rakan-rakan sebab mereka berkobar untuk pulang cepat kerana "Mama ...."  Terpulanglah kepada kita sendiri samada kita ingin menunggang pada 60 km/j atau 110 km/j.

Hendak berhenti isi minyak, minum kopi, atau ke tandas setiap 100km? Kita sendiri yang memutuskannya. Atau kita hendak berhenti setiap kali anda melihat pemandangan yang indah seperti matahari terbenam, atau permaidani hijau sawah. Terpulanglah kepada kemahuan atau keperluan kita.

Kadang-kadang menunggang secara berkumpulan akan mendedahkan peserta yang suka berperbuatan yang merbahaya seperti membuat wheelie, atau mengganggu kaum wanita sesuatu tempat, atau muncul dalam keadaan mabuk untuk perjalanan keesokan harinya. Perbuatan ini hanya akan merbahayakan peserta konvoi yang lain. Menunggang secara solo mengelakkan kemungkinan ini.

Mula-mula rancang hendak pergi makan nasi beriyani gam... tetapi tiba-tiba tekan mahukan bawal goreng. Jom. Hendak melawat tempat yang tidak pernah pergi? Tukar laluan dan ke sana sahajalah.

Inilah masa bagi mempraktikkan kemahiran kita, kerana berbuat demikian semasa berkumpulan bukan suatu idea yang bijak. Juga, anda mungkin menerima nasihat salah yang akan merosakkan perjalanan dan keselamatan anda.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.