RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Jun 2023

Acerbis Memecah Rekod Jarak paling Jauh dengan Satu Tangki Penuh (4183km)

Berapa jauhkan motosikal anda boleh bergerak dengan satu tangki penuh? 150km? 200km? Apa kata anda jika ia boleh sampai 4000km? Pembuat barangan pasaran lepas jualan, Acerbis Motorsport telah memecahkan rekod tersebut dengan sebuah motosikal yang dapat merangkumi 4183km.

Rekod sebelum ini juga dipegang oleh pasukan itu. Mereka merupakan pembuat peralatan pasaran selepas jualan yang terkenal dengan banjaran produk yang amat luas. Salah satu produk mereka yang paling popular merupakan tangki minyak yang lebih besar khususnya bagi penunggang-penunggang yang gemar menjelajah secara off-road.

Syarikat ini juga menyambut ulangtahunnya yang kelima puluh pada tahun ini jadi projek yang dinamakan AC50 ini merupakan sesuatu yang amat istimewa. Oleh itu, Acerbis telah membuat sebuah tangki khas untuk sebuah Honda Monkey bagi misi ini. Tangki yang besar ini dapat memuatkan 208 liter petrol dan mengambil alih segala panel motosikal tersebut yang asal.

Perjalanan motosikal ini bermula di Albino, Itali dan menghala ke Nordkapp, Norway. Jarak ini ialah 4,358km dan tiga penunggang akan berganti tempat untuk menunggang tanpa henti, sehinggalah tangki itu kering. Honda Monkey dipilih bagi tujuan ini kerana enjinnya amat menjimatkan minyak, serta ia sering dimodifikasi kepada berbagai bentuk.

Akhirnya, mereka berjaya menunggang sejauh 4183km. Walaupun mereka tidak sampai ke Nordkapp, usaha ini telah disahkan oleh Guiness Book of Records sebagai sebuah rekod baharu.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.