RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Jun 2023

Honda CBR150R Kini Hadir Dengan Warna Baru

Model popular, Honda CBR150R hadir ke pasaran dengan warna serba baru iaitu Pearl Nightfall Blue dan ia akan mula berada di pengedar sah Honda di seluruh negara bermula esok (22 Jun 2023). Harga asas untuk Honda CBR150R ialah RM13,299 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans).

Honda CBR150R disempurnakan dengan enjin 150cc, sistem penyejuk cecair, empat injap DOHC yang memiliki hantaran kuasa setinggi 12.0kW pada 9,000rpm dan tork 13.7 Nm pada 7,000rpm. Sistem transmisi 6 kelajuan model ini dipadankan dengan sistem Slipper Clutch yang memberikan kenikmatan buat para penunggang jentera ini khususnya ketika meratah laluan berselekoh.

Antara ciri-ciri lain yang dipunyai oleh sportbike Honda ini ialah lampu-lampu LED, sistem lampu Daytime Running Light, posisi menunggang yang mantap, sistem brek cakera beserta ABS, panel meter mudah baca dan semestinya kemantapan kerangka diamond yang memberikan keyakinan buat sesiapa sahaja yang menunggang jentera ini. RR

Isu Pada

Ogos 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.