RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2014

Yamaha XJ6 Fun Ride : Ronda-Ronda Pulau Mutiara

Sebagai pembuka tirai buat tahun 2014, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah berjaya menganjurkan expedisi ke Pulau Pinang pada 22 dan 23 Februari lalu. Penyertaan kali ini semakin bertambah dan semakin meriah dengan sebanyak 60 buah motosikal Yamaha XJ6 Naked dan Diversion.

Sebanyak 45 buah motosikal memulakan perjalanan dari HLYM Sungai Buloh. Laluan lebuhraya utara selatan PLUS digempakkan dengan deruman konvoi ini yang berhenti seketika untuk mengisi petrol di R&R Tapah. Di sini, konvoi disertai oleh 10 orang peserta dari negeri Johor.

Wajah ceria para peserta di atas feri.
Wajah ceria para peserta di atas feri.

Konvoi meneruskan perjalanan dan berhenti di Juru Auto City (ditambah dengan 5 lagi peserta dari utara) untuk makan tengahari di restoran Nasmir Nasi Kandar. Menu yang disediakan ala Pulau Pinang di sini amat menyelerakan dan minuman yang disajikan menghilangkan dahaga dikala cuaca panas terik.

Keadaan cuaca yang panas tidak mematahkan semangat para peserta untuk meneruskan perjalanan. Konvoi menaiki feri untuk menuju ke pulau, hampir penuh dibuatnya dengan motosikal peserta. Perjalanan feri mengambil masa hampir 15 minit digunakan sebaiknya untuk merehatkan diri daripada panas terik dan menikmati tiupan angin laut yang nyaman dan mendamaikan.

Peserta dari utara mengepalai konvoi menuju ke Padang Kota Lama untuk menikmati minuman Coconut Shake yang popular di Pulau Pinang. Ia enak dan menghilangkan dahaga, ramai yang minum lebih dari satu gelas… Sedap! Selain itu, antara menu istimewa di sini adalah mee sotong, rojak dan cendol. Bersebelahan Padang Kota lama, terdapat Kota Fort Cornwallis yang masih teguh berdiri setelah lebih dari satu abad lamanya.


Setelah bergambar kenangan di situ, konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Tanjung Bungah. Tepat pukul empat petang, para peserta tiba di Hotel Rainbow Paradise dan masing-masing “check-in” untuk berehat sambil menanti makan malam.

“Puas dan seronok menunggang bersama rakan-rakan yang sama meminati motosikal berkuasa tinggi terutama sekali daripada model Yamaha XJ6 di samping mendapat ramai kenalan,” kata En. Abd Hamid Md Basir sambil ditemani isterinya, Nor Aida Yacob.

TTS di Jalan Gurney Drive
TTS di Jalan Gurney Drive

Setelah makan sepuas-puasnya dan mendapat hadiah cabutan bertuah, para peserta keluar dari hotel untuk sessi TTS (Teh Tarik Session) di Gurney Drive. Di sini, para peserta menyaksikan perlawanan bolasepak Liga Inggeris di Restoran Nasi Kandar Khalil Noor sambil dapat berkenalan dengan lebih rapat dan berkongsi pendapat mengenai pelbagai isu yang dibincangkan.

En. G.S. Tan (kiri)menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
En. G.S. Tan (kiri)menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

Menurut saudara Rohizir Rusli yang berasal dari Pulau Pinang, dia berasa seronok dan bersemangat dapat menyertai Fun Ride ini buat kali pertamanya. Selain itu, dapat juga berkenalan dengan peserta dari Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.

Ronda-ronda sekitar Pulau Pinang
Ronda-ronda sekitar Pulau Pinang

Pada keesokannya, pukul 8.00 pagi lagi para peserta bersiap sedia untuk mengelilingi pulau. Sekali lagi, peserta dari utara diberikan peluang untuk mengetuai sessi ronda-ronda ini. Konvoi dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk memudahkan perjalanan. Dari Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi melalui laluan berliku di Balik Pulau nyata memberikan pengalaman baru dan menyeronokkan kepada mereka yang pertama kali ke sini.

Di Teluk Kumbar, konvoi berhenti seketika untuk bergambar berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang yang pada waktu itu, masih belum lagi beroperasi. Untuk info, jambatan terpanjang di Asia Tenggara ini dirasmikan pada tanggal 1 Mac lalu. Panjang keseluruhan jambatan ini adalah 24 kilometer.

Jambatan Kedua Pulau Pinang, cantik & mengagumkan.
Jambatan Kedua Pulau Pinang, cantik & mengagumkan.

Para peserta kembali ke hotel penginapan untuk makan tengahari. Tepat pukul 2.00 petang, mereka bersiap sedia untuk berangkat pulang. Kali ini konvoi dibawa melalui jambatan Pulau Pinang pertama. Setibanya di Seberang Prai, mereka mengisi petrol dan sempat singgah sebentar di kedai Jeruk Pak Ali membeli pelbagai jenis jeruk dan cenderahati untuk dibawa pulang.

Konvoi mula bergerak menuju ke destinasi masing-masing dan sebahagian besar peserta kembali ke Kuala Lumpur manakala sebahagian lagi membuat perjalanan sendiri menuju ke Langkawi dan Cameron Highlands. RR

Isu Pada

April 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.