RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Julai 2023

Ducati Raih Jualan Tertinggi Pada Separuh Pertama 2023 - 34,976 Unit Jentera Terjual

Ducati terus berkembang dengan mencatatkan jualan tertinggi pada separuh pertama tahun 2023 serata dunia. Pengeluar motosikal Itali ini berjaya menjual sebanyak 34,976 unit motosikal dengan sekali gus mencatatkan peningkatan 5% berbanding tempoh sama pada tahun 2022.

 Francesco Milicia, Naib Presiden Jualan Global dan Perkhidmatan Selepas Jualan Ducati.
Francesco Milicia, Naib Presiden Jualan Global dan Perkhidmatan Selepas Jualan Ducati.

"Ini merupakan separuh tahun pertama yang tebaik buat Ducati dari segi penghantaran. Kami mencapai rekod jualan tertinggi sehingga pertengahan tahun dan membuktikan bahawa para pelanggan sentiasa menghargai rangkaian produk kami", kata Francesco Milicia, Naib Presiden Jualan Global dan Perkhidmatan Selepas Jualan Ducati.

Itali kekal sebagai peneraju utama untuk pasaran Ducati dengan 6,639 unit motosikal dihantar dan naik 10% berbanding tahun lalu. Manakala Amerika Syarikat pula mewakili pasaran kedua terbesar dengan 4,505 motosikal diserahkan, sekali gus naik 11% berbanding tahun 2022. Jerman pula berada dikedudukan ketiga dengan peningkatan 11%, 4,217 unit motosikal diserahkan.

Ducati Multistrada V4 merupakan motosikal yang paling laris dengan 6,382 unit terjual di serata dunia dari Januari hingga Jun 2023. Jentera naked iaitu Monster pula di tangga kedua  dengan 4,299 unit motosikal dihantar dan tempat ketiga rangkaian Scrambler Ducati sebanyak 3,581 unit yang dihantar.

Untuk model tahun 2024, Ducati Global telah memperkenalkan lima skema warna baru bagi motosikalnya. SuperSport 950 S hadir dengan Stripe Livery yang menggabungkan warna Putih, Kelabu dan Merah. Ducati Monster 2024 pula kini lebih bergaya dengan warna Iceberg White, manakala Hypermotard 950 RVE menampilkan Graffiti Livery Evo yang diilhamkan daripada seni jalanan agar jentera tampak lebih bergaya. Ducati Panigale V2 2024 meneriwa warna Black On Black dan Multistrada V2 S disempurnakan dengan skewa warna Black & Street Grey. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia