RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Julai 2023

Yamaha R1 GYTR Pro 25th Anniversary Dilancarkan untuk Menyambut Ulangtahun Ke-25 Yamaha YZF-R1

Yamaha YZF-R1 julung kalinya dilancarkan pada 1998 dan ia telah membawa banyak perubahan yang telah menjadi tahap yang baharu kepada semua superbike selepas itu. Antaranya ialah kotak gear yang dipasang tinggi di bahagian belakang blok enjin serta keringanan dengan kuasa enjin yang tinggi. Oleh itu, Yamaha R1 GYTR Pro 25th Anniversary telah dilancarkan bagi menyambut ulangtahun Yamaha R1 yang ke-25.

Ia sebenarnya merupakan sebuah Yamaha R1 yang dipasang dengan semua aksesori model itu yang terdapat dalam katalog GYTR Pro, serta dicat dengan skim warna yang istimewa.

Barangan GYTR tersebut termasuklah frem belakang yang diperbuat daripada gentian karbon, tangki minyak yang telah diubahsuai bagi pusat graviti yang lebih rendah, fork Ohlins FGR, monoshok Ohlins TTX, lengan ayun perlumbaan, brek Brembo, dan fairing gentian karbon. Selain daripada itu, ia juga dipasang dengan sistem elektronik GYTR Pro Electronics System (GPES) yang telah dibangunkan di dalam siri WorldSBK dan Endurance World Championship.

Hanya 25 buah edisi ini yang akan dihasilkan dan ia boleh ditempah di atas talian. Pembeli yang berjaya akan dapat berada di atas litar untuk sehari dengan kumpulan juruteknik Yamaha . Juruteknik-juruteknik ini akan menala setiap motosikal kepada kehendak setiap pembeli agar mereka dapat memaksimakan potensi motosikal in.

Yamaha R1 GYTR Pro 25th Anniversary ini telah dilancarkan di litar Mugello, Itali.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.