RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2019

Yamaha Lifestyle Station Tawar Pengalaman Berbeza Buat Para Pelanggan

Bersempena dengan perayaan ulang tahun ke-40, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya telah merasmikan Yamaha Lifestyle Station yang beroperasi di Kompleks Hong Leong Yamaha, Lot 57 Persiaran Bukit Rahman Putra 3, 47000 Sg Buloh, Selangor pada pertengahan Oktober lalu. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor yang ditemani oleh Pengurus Besar  Pemasaran, En. Hoo Wan Tim.

Dengan keluasan 13,000 kaki persegi, Yamaha Lifestyle Station merupakan pusat komunikasi terkini daripada HLYM bagi mempamerkan setiap produk keluarannya baru dan lama, memberikan keyakinan buat para pelanggan menerusi ruang servis lebih baik, pusat latihan korporat & pendidikan, berkongsikan kemerduan alat muzik Yamaha terkini dan ruang kafe yang menarik.


Demi kepuasan para pelanggannya, projek Yamaha Lifestyle Station dibahagikan kepada dua fasa yang kesemuanya berhawa dingin. Fasa pertama ialah menerusi ruang pameran dan pusat servis baru yang direka dengan cukup menarik. Pusat servis baru ini terdiri daripada 15 ruang kerja yang lengkap dengan bike lifter, ruang menunggu pula berhawa dingin sepenuhnya yang disambungkan terus dengan Gen Blu Café. Pelbagai menu yang lazat ditawarkan seperti YSuku Teriyaki Chicken, Nasi Lemak Ayam Berempah, Mee Kari, Mee Sup, Jasmine Rice Ikan Pari, Pasta, pelbagai minuman menarik dan banyak lagi untuk kakitangan, para pelanggan dan orang awam pada harga yang berpatutan.

Turut menanti para pelanggan dan tetamu Yamaha ialah ruang muzik yang lengkap dengan alatan muzik Yamaha, ruang pakaian, ruang outdoor dan ruang pameran jentera Yamaha yang disempurnakan dengan modelmodel sedia ada dan terbaru serta beberapa buah jentera perlumbaan yang memiliki sejarah cukup hebat.

Bahagian atas menempatkan Yamaha Malaysia Education & Training Academy (META) yang dikhususkan untuk latihan dalaman bagi mempertingkatkan kemahiran teknikal kakitangan HLYM dan para pengedar Yamaha. HLYM turut menerapkan nilai-nilai murni buat para pelanggannya menerusi ruang latihan tunggangan dan penyelenggaraan motosikal.

Kejayaan perlaksanaan Yamaha Lifestyle Station ini adalah hasil kecintaan HLYM terhadap dunia dua roda disamping perkongsian minat bersama HLY Marine, Yamaha Music Malaysia, Hong Leong Bank dan lain-lain. Yamaha Lifestyle Station beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Gen Blu Cafe dan Yamaha Apparels 8.30 pagi hingga 4.30 petang manakala pusat servis dibuka pada jam 9.00pagi hingga 5.00 petang.  Ayuh kita ke sana! RR

Isu Pada

November 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.