RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Ogos 2023

Honda X-ADV Generasi Baharu akan Muncul

Honda X-ADV baharu sedang dibangunkan dan akan muncul kelak.

Konsep motosikal Honda X-ADV ditunjukkan kepada khayalak ramai di EICMA 2015. Ia merupakan sebuah jentera revolusi baharu, kerana ia berbentuk sebuah skuter besar tetapi  menggunakan enjin 745cc, dengan transmisi tanpa tuil klac, dan dengan tayar adventure serta mod tunggangan GRAVEL yang boleh digunakan di dalam keadaan off-road. Motosikal ini sebenarnya berasaskan casis, enjin dan transmisi DCT (dual clutch transmission) daripada banjaran model NC750. Oleh itu, tidak kurang juga mereka yang menjadi keliru apabila kita cuba menerangkan ciri-ciri motosikal ini kepada mereka.

Konsep ini kemudiannya menajdi motosikal produksi selepas itu. Ternyata konsep ini popular kerana ia menjadi inspirasi kepada pembuat motosikal yang lain seperti Peugeot XP400, Kymco DTX360, WMoto XDV150 dan XDV250. Honda turut melancarkan model-model yang lebih kecil seperti ADV160 di Malaysia, serta ADV150 dan ADV350 di pasaran lain.

Honda memperbaharui X-ADV ini pada 2020 dengan menukar sedikit daripada rekabentuknya

Tetapi Honda telah memfailkan paten bagi X-ADV baharu di Jepun. Pada asasnya, rekabentuknya masih mengekalkan bentuk X-ADV yang asal tetapi terdapat beberapa perubahan yang ketara.

Mula-mula sekali, lampu depannya akan dipandahkan kepada bahagian sisi. Setiap unit lampu mempunyai mentol 3 LED, manakala sebuah barisan LED menjadi lampu siang di bahagian atas. Setiap mentol memainkan peranan masing-masing. Mentol di tengah merupakan lampu tinggi, manakala mentol pertama dan ketiga juga berfungsi sebagai lampu membelok.

Satu perubahan besar ialah ekzos yang akan dipindah ke posisi di bawah pelana. Posisi baharu ini akan memberikan penambahan sudut mereng, serta lebih ruang untuk memuatkan pemangkin ekzos. Ia mungkin akan mengurangkan kapasiti membawa barang di bawah pelana.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.