RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Ogos 2023

WMOTO SX2-300 & MOTO MORINI X-CAPE 650X Bakal Menampilkan Persembahannya Di Rimba Raid Taman Negara 2023

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah mengumumkan akan mempertandingkan dua buah model motosikal iaitu WMOTO SX2-300 dan Moto Morini X-Cape 650X yang sama dipertandingkan dalam acara Rimba Raid tahun lepas.

Pada tahun ini, model Moto Morini X-Cape 650X akan ditungang oleh pelumba yang sama iaitu sdr Muhamad Nazmee bin Ramlee, manakala WMOTO SX2-300 pula ditunggang oleh sdr Muhamad Amirul bin Ramlee. Acara Rimba Raid 2023 bakal bermula pada 31hb Ogos sehingga 3hb September 2023.

Tahun lepas, WMOTO SX2-300 berjaya menamatkan saingan di tangga ketujuh dalam kategori C. Moto Morini X-Cape 650 pula berada di kedudukan  ke-15 secara keseluruhan dan tempat ketiga sebagai pelumba Malaysia untuk kategori kelas B. Kejayaan ini membuktikan bahawa Moto Morini dan WMOTO merupakan jenama yang perlu digeruni oleh pelumba-pelumba lain kerana kemampuan kedua jentera itu mampu menamatkan cabaran dalam kedudukan terbaik.

Walaubagaimanapun, Mforce akan terus menggunakan strategi yang baru agar kedua-dua model yang dipertandingkan mendapatkan tempat di podium. Tahun ini, para pelumba akan menghadapi laluan-laluan yang mencabar dan panjang dalam 250 kilometer berbanding pada tahun lepas hanya 150 kilometer sahaja.

Sidang media pada hari tersebut juga turut menyaksikan perjanjian antara dua pihak di maana pelumba WMOTO SX2-300, sdr Amirul menandatangani perjanjian tersebut dan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi Mforce, En. Asri Ahmad. Manakala untuk Moto Morini, pelumba sdr Nazmee menandatangani perjanjian bersama Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa Moto Morini iaitu En. Ethan.

Keadaan repabentuk geografi laluan yang mencabar dan jarak perjalanan sepanjang 200 kilometer tidak dinafikan  bahawa ia menguji kecekapan, mentaliti dan tahap ketahanan pelumba serta memerlukan jentera perlumbaan yang terbaik dan lengkap. Mforce akan terus kaji dan mempertingkatkan strategi dalam acara Rimba Raid. Pihak Mforce juga mengucapkan semoga Berjaya buat sdr Muhamad Nazmee dan sdr Muhamad Amirul. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).