RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2019

Suzuki Malaysia Kini Berkembang Demi Perkhidmatan Buat Pelanggan

Untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd kini terletak di lokasi baru lebih strategik iaitu di alamat No. 2690 Lorong Perusahaan 6A, Kawasan Perusahan Perai. Kilang Suzuki tersebut didirikan di kawasan berkeluasan 43,000 kaki persegi dan mula beroperasi pada 21 Mei yang lalu.

RR mendapat peluang untuk berkunjung ke kilang dan jujurnya kami dapati segala ruang telah digunakan dengan bijak sekali. Ruang Lobby dianggunkan dengan sususan beberapa buah jentera berkuasa tinggi, ruang santai, pameran aksesori, pakaian bercorak Suzuki, alat ganti tulen Suzuki dan semestinya ruang kerja para pegawai pemasaran mereka yang cukup berdedikasi.

Gabungan warna putih dan biru yang sememangnya menjadi warna korporat Suzuki menjadikan keseluruhan ruang tampak kemas, bersih dan elegan. Ruang parkir di luar memang cukup luas dan teratur. Bagi para pencinta jentera Suzuki di sebelah utara tanahair seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, kilang Suzuki tersebut adalah tempat paling tepat untuk dikunjungi jika berminat untuk memilki jentera, alat ganti dan pakaian menunggang Suzuki.

Bagi para pemilik jentera Suzuki, anda boleh membeli alat ganti dari model apa sekalipun di kilang Suzuki tersebut. Stok simpanan alat ganti dan aksesori disimpan dalam kuantiti yang tinggi dan dijaga rapi. Demi kepuasan para pelanggan, pihak Suzuki turut bersedia untuk memesan alat ganti jika ketiadaan stok. Itulah keistimewaan yang ditawarkan oleh Suzuki Malaysia.

Selain itu, kilang baru ini juga mempunyai ruang servis yang luas dan teratur. Sambil menunggu, para pemilik dapat berehat di ruang yang disediakan dengan cukup selesa. Jentera para pelanggan akan diservis oleh mekanik-mekanik terlatih dan berpengalaman. Itulah yang paling penting dalam usaha menjadikan jentera tunggangan kita sentiasa berada dalam keadaan tip-top dan sempurna sepanjang perjalanan.

Kunjungi Suzuki Assemblers Malaysia yang beroperasi Isnin hingga Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 5.15 petang. Selepas Prai, Suzuki Assemblers juga akan merasmikan pejabat cawangannya yang terletak di No. 16 Jalan PJS 11/4, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya tidak lama lagi. Ini pastinya berita baik buat para pemilik Suzuki khususnya di bahagian tengah tanahair untuk terus berhubung dan mendapatkan perkhidmatan terbaik buat jentera mereka . Tahniah diucapkan buat Suzuki Malaysia. RR

Isu Pada

November 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.