RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Ogos 2023

Suzuki Malaysia Hadir Memeriahkan KLBS’23 Dengan Beberapa Model Yang Dipertontonkan!

Selain dengan model-model sedia ada, Suzuki Malaysia turut mempertontonkan lima buah jentera yang merangkumi segmen Sportbike, Naked, Adventure dan Skuter. Antara model-model tersebut ialah V-Strom 250SX, Gixxer SF250, Gixxer 250, Avenis 125 dan Burgman 125.

Suzuki V-Strom 250SX
Suzuki V-Strom 250SX

Model yang ditunggu-tunggu buat para meninat jentera Adventure, Suzuki V-Strom 250SX tampil dengan rekabentuk yang cukup menarik sekali. Model ini didatangkan dengan enjin silinder tunggak, 4-lejang, SOHC bersama sistem penyejuk cecair. Antara kelengkapan lain yang ada seperti brek-brek cakera, meter digital, tangki bahan api 12 liter dan sistem ABS.

Suzuki Gixxer SF250
Suzuki Gixxer SF250

Suzuki Gixxer SF250 dan Gixxer 250 dipacu dengan enjin silinder tunggal, 249cc, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjinnya mampu mampu menghasilkan kuasa maksimum 26.5PS pada 9,300rpm dan tork 22.2Nm pada 7,300rpm.

Suzuki Gixxer 250
Suzuki Gixxer 250

Walaupun menggunakan spesifikasi enjin yang sama, kedua-dua model ini dibezakan pada rekabentuknya di mana Gixxer 250 hadir dengan rekaan sebuah motosikal naked manakala Gixxer SF250 pula mempunyai bentuk lebih sporty dengan fairing penuh.

Suzuki Burgman 125
Suzuki Burgman 125
Suzuki Avenis 125
Suzuki Avenis 125

Skuter Burgman 125 dan Avenis 125 juga berkongsikan spesifikasi enjin yang sama. Enjin 4 lejang, SOHC, silinder tunggal ini mempunyai kuasa maksimum 8.7PS pada 6,750rpm dan torknya 10Nm pada 5,500rpm.

Suzuki Hayabusa Edisi ke-25 Tahun
Suzuki Hayabusa Edisi ke-25 Tahun

Apa yang menarik, Suzuki Malaysia juga turut menampilkan Suzuki Hayabusa Edisi ke-25 Tahun buat para pengujung KLBS’23. Menurut pihak Suzuki model ini hanya ditawarkan sebanyak 250 unit di seluruh dunia dan hanya 10 unit sahaja yang berada di pasaran negara. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.