RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 September 2023

BMW Motorrad GS Challenge 2023 - Tawarkan Cabaran Off-road

BMW Motorrad Malaysia sekali lagi telah menganjurkan acara sukan lasak permotoran iaitu BMW Motorrad GS Challenge 2023 yang berlangsung di Putrajaya pada 23hb - 24hb September 2023. Acara ini dihadiri lebih daripada 180 orang bagi menguji kemahiran off-road penunggang serta menghimpunkan para pemilik dan peminat BMW Motorrad menerusi semangat GS yang dikongsi bersama.

"Kami amat berbesar hati dapat menganjurkan BMW Motorrad GS Challenge pada tahun ini buat komuniti GS di seluruh Malaysia. Dengan sambutan yang menggalakkan pada tahun lepas, kami amat teruja dapat melihat kembali para peserta mengamati kebebasan, keghairahan dan semangat pengembaraan dengan menyusuri lalulan-laluan berliku serta mencabar," kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, En. Hans de Visser.

Cabaran ini menyaksikan pelbagai aktiviti untuk menguji kemahiran menunggang dan skill navigasi di simpang liku 'Follow The Trails' yang mencabar sekali. Sepuluh penunggang terbaik pada hari pertama dipilih untuk bersaing  pada hari kedua bagi merebut peluang menyertai Kembara 'Follow the Trails' (FTT) yang merupakan sebahagian daripada acara BMW GS Trophy di Namibia yang akan berlangsung pada tahun 2024. Hadiah-hadiah eksklusif daripada penaja tayar rasmi Metzeler turut diberikan kepada 10 Finalis bagi liku tersebut.

Tahniah kepada lima pemenang BMW Motorrad GS Challenge pada tahun ini, Asmawi Bin Ali, Diwaagar A/L Tambychandran, Affendy Syed Omar, Zulkifli Bin Zainal Abidin dan Azlan Shah Bin Ahmad Suhaimi. Para pemenang ini akan bersaing di Kembara FTT Namibia 2024. RR

Isu Pada

November 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).