RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 September 2023

MV Agusta Lucky Explorer Ditukar Nama ke MV Agusta Enduro Veloce

Motosikal adventure MV Agusta Lucky Explorer 9.5 akan ditukar namanya kepada MV Agusta Enduro Veloce.

Model ini menggunakan enjin tiga silinder selari 800cc yang juga digunakan oleh model jelajah (sport-touring) MV Agusta Turismo Veloce. Nama Lucky Explorer merupakan sebuah jenama sampingan, jadi pertukaran nama kepada Enduro Veloce meletakkan model ini sebagai model MV Agusta yang jati. Ia juga memberikan gambaran sebuah model adventure dan tidak bercanggah dengan model Turismo Veloce yang dihuraikan tadi. Pertukaran ini juga disertakan dengan pertukaran warna motosikal kepada warna merah dan perak yang sinonim dengan jenama MV Agusta.

MV Agusta akan menghasilkan 500 buah motosikal ini dahulu.

Model MV Agusta Lucky Explorer dihasilkan sebagai sebuah motosikal adventure dengan penghormatan (tribute) kepada Cagiva Elefant yang pernah memenangi Rali Paris-Dakar dibawah tajaan jenama rokok Lucky Strike. Oleh kerana keluarga Castiglioni - "Ca" di dalam nama Cagiva - memegang jenama MV Agusta, hanya nama MV Agusta yang digunakan sekarang. Namun, saham MV Agusta telah dibeli oleh Timur Sardarov dan mereka juga telah membuat perjanjian dengan Pierrer Mobility (pemilik KTM, Husqvarna, GasGas) tidak lama dahulu.

Stefan Pierrer, pemilik Pierrer Mobility pernah berkata mereka tidak perlukan sebuah motosikal seperti Lucky Explorer 5.5 yang menggunakan enjin QJ Motor (Benelli). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.