RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Oktober 2023

Boon Siew Honda Anjur Skuter Impian Airbrush Challenge!

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah menganjurkan pertandingan Skuter Impian Airbrush khas buat para pemilik motosikal Honda ADV160 dan Vario 160. Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia sahaja.

Tempoh pendaftaran telahpun dibuka bermula 12hb Oktober sehingga 5hb November 2023. Penyertaan adalah terhad, hanya 50 peserta awal sahaja yang dipilih bagi setiap kategori iaitu ADV160 dan Vario 160.

25 peserta finalis yang terpilih bagi setiap kategori akan dipertandingkan di ruang promosi Boon Siew Honda di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 26hb November 2023 sempena Kejuaraan PETRONAS Malaysia Cup Prix pusingan ke-10.

Bagi mereka yang berminat menyertai peraduan ini boleh mengimbas kod QR di bawah atau tekan pautan di sini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScwrcyuHhje38QtnXaYu3Vxr0lkNZJPby0PAwjaVNPVejvZRA/viewform. Para peserta kemudian perlu mengisi maklumat menerusi E-pendaftaran dan perlu menghantar gambar motosikal yang sudah di Airbrush mengikut kategori (ADV160/Vario160).

Hadiah untuk setiap kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

  • Hadiah utama: Wang tunai RM3,000 bersama Trofi dan Sijil Kemenangan
  • Hadiah Kedua: Wang tunai RM2,000 bersama Trofi dan Sijil Kemenangan
  • Hadiah Ketiga: Wang tunai RM1,000 bersama Trofi dan Sijil Kemenangan

Setiap perkara dalam  pertandingan "Skuter Impian Airbrush" adalah tertakluk pada terma & syarat yang ditetapkan oleh pihak BSH. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Boon Siew Honda menerusi pautan ini: https://boonsiewhonda.com.my/en/honda_news/boon-siew-honda-skuter-impian-airbrush-challenge/ .RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.