RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Oktober 2023

Kawasaki Perkenalkan Skim Warna Retro 40th Anniversary Banjaran Ninja 2024

Kawasaki mula berkecimpung di dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) sejak permulaan siri itu pada 1988. Kemenangan kejuaraan mereka yang pertama ialah pada 1993 dengan Scott Russell yang menunggang jentera Kawasaki Ninja ZXR-750. Oleh itu, ia merupakan masa yang betul untuk mereka melancarkan model-model sport tahun 2024 dengan skim warna 40th anniversary dengan warna hijau, putih dan biru yang ikonik.

Warna-warna tersebut digelar Lime Green, Pearl Crystal White, Blue. Model-model 2024 yang mendapat warna ini ialah Ninja ZX-4RR, Ninja ZX-6R, dan Ninja ZX-10R (varian Ninja ZX-10RR masih menggunakan skim warna KRT WSBK yang terkini), dan Ninja ZX-15R.

Kawasaki bukan sahaja mewarnakan model-model ini mengikut warna yang agak sama, malah mereka sebenarnya telah mencari balik kod-kod warna yang asal di dalam arkib mereka. Logo-logo yang digunakan juga merupakan bentul yang asal.

Secara peribadi, pengarang ini amat merindui skim warna ikonik ini termasuklah yang "Lucky Strike." Namun skim Lucky Strike tidak akan dihasilkan lagi kerana pengeluar motosikal tidak ingin seperti menggalakkan tabiat merokok.

Yang mana satu di atas ini ialah kesukaan anda? Pengarang ini paling suka yang ZX-4RR tetapi model itu belum sampai di Malaysia di bawah naungan Modenas.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.