RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 31 Oktober 2023

Bolehkah Kita Campur Minyak Hitam Jenis Lain-lain?

Kita mulakan dengan senario ini:

Anda memeriksa paras minyak hitam motosikal anda dan mendapatinya kurang sedikit daripada tahap penuh. Dengan itu, anda pun ingin menambah sedikit minyak.

Anda sedang menggunakan minyak sintetik dengan spesifikasi gred 10W/40, API SN, JASO MA2, tetapi anda hanya menjumpai minyak semi sintetik, spesifikasi gred 10W-40, API SM, JASO MA. Boleh campur tak? Entah-entah minyak itu jadi seperti teh tiga lapis...

Boleh, selagi ia merupakan minyak hitam yang dikhususkan untuk kegunaan enjin motosikal

Jenis dan spesifikasi minyak akan kekal sama jika anda mencampurkan minyak yang sama. Contohnya, MOTOREX Power Synt 4T SAE 10W/50 campur MOTOREX Power Synt SAE 4T 10W/50.

Tetapi, jika anda campur MOTOREX Power Synt 4T SAE 10W/50 dengan MOTOREX Formula 4T 15W/50, minyak itu sekarang menjadi minyak semi sintetik. Ia sama juga jika anda campurkan MOTOREX Power Synt 4T SAE 10W/50 (sintetik penuh) dengan sesuatu minyak mineral. Hasilnya ialah minyak semi sintetik. Oleh itu, minyak yang telah dicampur ini tidak lagi mempunyai ciri-ciri minyak sintetik yang asal, dan gred kelikatan SAE-nya juga telah berubah.

Minyak yang bukan khusus bagi kegunaan motosikal berklac, seperti minyak skuter yang ada JASO MB, atau minyak kereta (hampir semua tiada spesifikasi JASO MA/MA2) tidak digalakkan. Tetapi, anda boleh top up dahulu dalam kes kecemasan dan tukarkan minyak itu kepada minyak baharu secepat mungkin.

Minyak yang khusus untuk skuter (tanpa klac) pula secara amnya mempunyai spesifikasi JASO MB dan tidak boleh digunakan untuk motosikal berklac. Tetapi, enjin skuter boleh menggunakan minyak motosikal yang mempunyai kelulusan JASO MA dan JASO MA2. Namun, ada juga minyak enjin skuter yang ada kelulusan JASO MA dan MA2 seperti MOTOREX Scooter 4T.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.