RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 November 2023

Sebanyak Dua Juta Kenderaan Dijangka Gunakan Lebuhraya Plus Menjelang Perayaan Deepavali

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan sebanyak dua juta kenderaan dijangka bakal menggunakan Lebuhraya Plus sempena perayaan Deepavali nanti. Oleh itu, pihaknya akan menyediakan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang bermula 10hb sehingga 14hb November ini.

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bertujuan memudahkan para pengguna jalanan raya untuk perjalanan pergi dan balik. Pihak Plus juga bakal mengagihkan trafik untuk mengelakkan kenderaan tertumpu di satu kawasan secara serentak. Pengguna boleh mendapatkan jadual TTA di laman sesawan PLUS: http://www.plus.com.my ataupun di laman media sosial PLUS Malaysia.

Plus juga akan memperkenalkan Program Rintis My-TTA  secara digital di aplikasi PLUS bagi memudahkan orang ramai merancang perjalanan sempena perayaan tersebut. Para pengguna dinasihati menyusun jadual perjalanan berdasarkan TTA yang dikeluarkan.

Pengguna Lebuhraya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di aplikasi X @PLUSTrafik, aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) dan melalui siaran radio utama negara. RR

Sumber berita: http://astroawani.com

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.