RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2019

MAG Bikers Anjur Lawatan Khas Ke KLIA

Malaysia Airlines Group Bikers (MAG) telah menganjurkan satu lawatan istimewa baru-baru ini untuk anak-anak Yayasan Chow Kit ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Program yang memberikan inspirasi ini telah disertai oleh 30 orang kanak-kanak dan empat orang guru. MAG terdiri daripada para penunggang motosikal dari pelbagai latarbelakang seperti jurutera, juruterbang, pramugara, kakitangan sokongan dan rakan-rakan.

Kanak-kanak ini begitu teruja apabila bas yang mereka naiki telah diiringi oleh motosikal berkuasa tinggi dari kelab MAG Bikers yang terdiri daripada BMW R 1200 GS, BMW R 1200 RT, Benelli TRK 502, Suzuki Hayabusa 1300, Honda NC500, Kawasaki GTR dan Kawasaki ER6N. Konvoi turut bertuah kerana turut diiringi oleh pasukan polis trafik.

Lokasi pertama lawatan ialah bangunan terminal utama. Mereka telah disambut oleh kakitangan kaunter bertugas yang turut menyampaikan penerangan mengenai operasi di KLIA. Memang seronok melihat ketekunan kanak-kanak ini mendengar setiap butir penerangan yang diberikan. Selepas itu mereka telah dibawa ke Anjung Tinjau untuk melihat aktiviti di kawasan pesawat sebelum pesawat berlepas.

Lokasi kedua ialah Kompleks Kejuruteraan (hangar). Di sini mereka telah diberi penerangan mengenai proses dan kaedah penyelenggaraan pesawat termasuk tugastugas juruteknik dan jurutera. Di sini jugalah mereka dapat melihat pesawat dengan lebih dekat lagi.

Lokasi terakhir lawatan ialah ke Anjung Spotted. Mereka sungguh teruja dapat melihat pesawat mendarat dan berlepas di sini. Sesi soal jawab berlangsung dengan meriah sekali kerana begitu banyak sekali persoalan yang berada di minda mereka. Sebelum berangkat pulang setiap anakanak ini telah diberi cenderahati untuk kenangan.

Semoga sedikit pengetahuan mengenai dunia kapal terbang dapat memberi menafaat berguna untuk mereka suatu hari nanti. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga buat Mas Awana kerana sudi menaja makan tengahari. Ucapan terima kasih juga kepada dermawan yang telah menderma untuk menjayakan program lawatan ini. RR

- Azmizan MAG

Isu Pada

November 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.