RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 November 2023

EMOS Rai Tiga Kejayaan Dalam 1 Majlis

Edaran Modenas Sdn Bhd (“EMOS” atau “Syarikat”), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”) telah merasmikan Pusat 4S 'Flagship' kedua mereka juga dikenali Kawasaki Setapak.

Pusat 4S yang juga dikenali sebagai Kawasaki All Star menawarkan rangkaian pelbagai model motosikal Kawasaki dari yang berkapasiti kecil hingga tinggi. Selain itu, para pelanggan turut boleh menikmati perkhidmatan jualan, servis, aksesori dan alat ganti Kawasaki tulen.

Kesemua Pusat 4S Kawasaki All Star termasuk di Setapak ini mematuhi piawaian rekabentuk dan pembinaan Plaza Kawasaki di Jepun yang memberi fokus kepada Paparan Produk dan Perdagangan Visual.

Kawasaki All Star Setapak ini dimiliki oleh Eang Chun Motor Sdn Bhd yang juga merupakan rakan kongsi MODENAS sejak 23 tahun yang lalu. Majlis perasmian pusat 4S ini telah dihadiri lebih daripada 700 orang tetamu. Turut dianjurkan ialah aktiviti-aktiviti menarik seperti sesi tunggang uji, demonstrasi tunggangan selamat daripada Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), sesi bergambar, acara cabutan bertuah dan banyak lagi.

Di majlis yang sama, MODENAS turut meraih satu lagi pencapaian iaitu penganugerahan Lima Bintang daripada pihak MIROS untuk 11 modelnya yang merupakan sebahagian daripada Malaysian Motorcycle Assessment Programme (MyMAP).

Pihak MODENAS turut mengambil peluang di majlis yang penuh kemeriahan itu untuk melancarkan model terbaru Kawasaki Z900RS yang hadir ke pasaran negara dalam warna Yellow Ball. Kawasaki Z900RS ‘Yellow Ball Edition’ merupakan model retro yang ditampilkan secara eksklusif di Jepun awal tahun ini.

Kawasaki Z900RS Yellow Ball Edition.
Kawasaki Z900RS Yellow Ball Edition.
Kawasaki Z900RS Yellow Ball Edition.
Kawasaki Z900RS Yellow Ball Edition.

Z900RS hadir dengan enjin empat silinder sebaris 948cc yang menghasilkan kuasa maksimum 109hp pada 8,500rpm dan tork 98.5Nm pada 6,500rpm tork. Walaupun tampak retro, model ini lengkap dengan pelbagai sistem terkini seperti traction control (KTRC) dan sistem ABS. Para pemiliknya akan dapati lambang asal Kawasaki Z1 '900' disepadukan pada bahagian sisi.

Z900RS ini boleh dimiliki pada harga bermula RM63,800 dan untuk dapatkan info terkini, sila layari laman web rasmi Kawasaki: https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/shop. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.