RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 November 2023

Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dibuka Disember ini - Perdana Menteri

Kuala Lumpur: Permohonan program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik akan dibuka kepada rakyat pada Disember ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skim ini dibuka kepada rakyat yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah dengan pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dengan rebat sehingga RM2,400 bagi membantu pengguna beralih kepada motosikal elektrik.

Beliau berkata kerajaan juga mengalu-alukan pelaburan melebihi RM170 juta oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB), Gentari Sdn Bhd dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan kenderaan elektrik.

Bagi menterjemah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), kerajaan menyediakan Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara berjumlah RM2 bilion," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di persidangan Dewan Negara, pada Rabu.

Anwar berkata dari segi keutamaan pelaburan, tumpuan juga diberikan kepada bidang pertumbuhan yang bernilai tinggi dan pendekatan insentif berasaskan keberhasilan yang menggunakan sistem tiering akan dilaksanakan.

"Sebagai permulaan, galakan cukai pelaburan semula secara tiering akan diberikan dalam bentuk elaun cukai pelaburan 70 peratus atau 100 peratus.

Perdana Menteri berkata bagi membina ekosistem lebih luas untuk kluster elektrik dan elektronik (E&E) di wilayah utara, kawasan perindustrian berteknologi tinggi di daerah Kerian, Perak akan dibuka.

"Bagi memudahkan urusan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) sehingga ia diluluskan, Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) ditubuhkan dan perlu melaporkan terus kepada Majlis Pelaburan Negara," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.