RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Jun 2023

Mforce Kini Pengedar Eksklusif Yadea Di Malaysia

Dalam perancangan perniagaan jangka panjang dan menyahut saranan kerajaan terhadap penjagaan alam sekitar, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd bersama-sama dengan Yadea Technology Group Co., Ltd telah menjalinkan kerjasama menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak yang berlangsung di acara Malaysia Autoshow awal bulan lalu.

Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Encik Asri Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Mforce dan Andy Luo sebagai Naib Presiden Yadea Technology Group Co., Ltd. Dengan termeterainya MoU di antara dua pihak ini, Mforce dengan rasminya telah dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama Yadea untuk pasaran Malaysia.

Yadea ialah syarikat peneraju industri yang mengkhusus dalam menyepadukan R&D, pengeluaran dan penjualan motosikal elektrik, basikal elektrik, komponen serta aksesorinya. Yadea telah mengkhusus dalam perniagaan ini sejak dua puluh tahun yang lalu dan sehingga kini, Yadea mempunyai tujuh pangkalan pengeluaran di China dan satu di luar negara di Hanoi, Vietnam dengan rangkaian jualan yang meliputi 83 negara di seluruh dunia. Pada 2020, Yadea menjadi syarikat kenderaan dua roda elektrik pertama yang mencapai matlamat jualan global 10 juta unit.

Antara model jenama Yadea yang bakal memasuki pasaran adalah Keeness, Voltguard, Fierider, E8S Pro, X1, Tiker, G5S, Y1S Pro dan C1S Pro. Kesemua model ini telah dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023 tempohari di MAEPS Serdang dan berjaya menarik perhatian ramai.

Menurut wakil Mforce yang bertugas di ruang pameran Yadea, E8S berkemungkinan besar akan tiba terlebih dahulu ke pasaran negara. Model ini memiliki rekabentuk yang simple tetapi cukup comel. E8S dilengkapkan dengan enjin elektrik TTFar yang dijanakan oleh bateri Graphene berkuasa 73V38AH. Model ini menggunakan sistem jenis cakera untuk kedua-dua tayar depan dan belakang dan mampu bergerak sejauh 200 kilometer (pada kelajuan sekitar 40-50 kmj).

E8S juga menggunakan panel meter TFT, ruang bawah pelana yang luas, kerangka yang tegar, lampu-lampu LED dan ditawarkan pada harga sekitar RM5,800. Kita nantikan kemunculannya kelak. RR

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.