RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Ogos 2020

7th CBR-RR Malaysia Mega Gathering 2020 Ubah 'Angin' Ke Utara

Sedar tak sedar, penganjuran acara CBR-RR Malaysia Mega Gathering (MG) telah pun masuk ke tahun ketujuh pada tahun ini. MG yang khusus buat para pemilik Honda CBR ini mula diadakan pada tahun 2014 di Kuala Lumpur diikuti dengan beberapa lokasi menarik di Melaka dan Port Dickson. Tahun ini para pemilik jentera Honda CBR berubah angin menuju ke utara tanahair iaitu Hotel AC, Pulau Pinang pada 1 Februari lalu.

Jumlah kehadiran cukup membanggakan dengan seramai 271 tetamu termasuk 62 orang dari Singapura. Walaupun jaraknya agak jauh buat para peserta dari selatan tanahair khususnya dari negara jiran itu, ia tidak menghalang rakan-rakan dari SG Jack Rabbit untuk memberi sokongan. Seramai 17 daripada mereka menunggang motosikal manakala selebihnya memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Semangat brotherhood beginilah yang menguatkan ukhwah di antara para pencinta jentera Honda.

Krew CBR-RR Utara yang bekerja keras untuk menjayakan MG7 di Pulau Pinang.
Krew CBR-RR Utara yang bekerja keras untuk menjayakan MG7 di Pulau Pinang.

“Kami tetap akan sentiasa menyokong penganjuran ini dan amat seronok dapat sampai di Pulau Pinang dengan selamat dan berjumpa dengan kawan-kawan,” kata Sdr Shafiee dari SG Jack Rabbit.

Rakan-rakan CBR-RR Malaysia amat teruja dengan kemunculan bekas vokalis utama kumpulan rock Medicine iaitu Norhizam Shair atau Ijam. Ijam yang kini cukup aktif dalam dunia dakwah juga merupakan peminat dan bekas pemilik jentera Honda CBR1000RR.

Pok Lah (kanan sekali) menyampai cenderahati kepada enam orang tetamu yang tidak pernah gagal hadirkan diri ke setiap MG.
Pok Lah (kanan sekali) menyampai cenderahati kepada enam orang tetamu yang tidak pernah gagal hadirkan diri ke setiap MG.

Majlis pada petang itu dimulakan tayangan video penuh emosi memperingati rakan-rakan CBR-RR Malaysia yang terlebih dahulu meninggalkan kita. Kesempatan itu juga diambil oleh Sdr Kushairi selaku MC untuk memberi kata-kata peransang agar para peserta dapat menunggang ke setiap destinasi dengan selamat. Rakan-rakan SG Jack Rabbit turut berkongsikan video sambutan Ulang Tahun Ke-6 mereka yang disambut di Kota Singa.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan tazkirah ringkas oleh Sdr Ijam tentang bersyukur dan menunggang motosikal dengan niat yang baik. Kerinduan mendengar kemerduan suaranya terubat apabila Sdr Ijam turut menyampaikan tiga buah lagu iaitu Tika dan Saat Ini, Rimba Cintaku dan Hidup Ini Sementara.

Sdr Ijam Medicine menyampaikan tazkirah ringkas dan beberapa buah lagu.
Sdr Ijam Medicine menyampaikan tazkirah ringkas dan beberapa buah lagu.

“Jika ada masa terluang, saya tetap akan bermotosikal kerana memang cukup minat. Seronok bersama-sama dengan para sahabat di MG ini dan sedikit sebanyak dapatlah kita sampaikan sedikit perkongsian untuk sama-sama memanfaatkannya,” ujar Sdr Ijam.

Kumpulan Key Project menyampaikan pelbagai lagu yang cukup rancak.
Kumpulan Key Project menyampaikan pelbagai lagu yang cukup rancak.

Jemput makan kawan-kawan. Sedap!
Jemput makan kawan-kawan. Sedap!

Selepas bergambar kenangan, para peserta dihidangkan dengan makanan yang cukup menyelerakan. Ini juga masanya buat rakan-rakan baru dan lama berkongsi minat dengan menceritakan kisah 'ride' masing-masing. Sambil menikmati makanan yang disediakan, para tetamu didendangkan dengan alunan pelbagai jenis muzik dan lagu yang disampaikan oleh kumpulan Key Project.

Pok Lah (tengah) gembira menerima hadiah utama acara cabutan bertuah.
Pok Lah (tengah) gembira menerima hadiah utama acara cabutan bertuah.

Memang hebat! Ada lebih daripada 100 buah hadiah pelbagai produk dan aksesori menanti para peserta untuk acara cabutan bertuah pada petang itu. Hadiah utama yang merupakan sepasang tayar Pirelli telah dimenangi oleh Sdr Hairullah atau Pok Lah. Turut diraikan di majlis tersebut ialah enam orang peserta yang tidak pernah gagal menghadirkan diri di setiap MG sejak 2014 lalu. Mereka ialah Fendy Hamsah (Singapura-CBR600RR), M. Saiful Osman (Rawang-CBR1000RR, M. Zainuddin (Johor-CBR1000RR), Nazarudden Harun (Cheras-CBR1000RR), M. Hafiz (Pulau Pinang-CBR1000RR) dan M. Yusri (Kedah-CBR954RR).

Selain acara MG ini, CBR-RR Malaysia juga aktif menganjurkan beberapa acara lain seperti trackday, konvoi amal dan TTS. Tahniah diucapkan buat krew dari utara yang diketuai oleh Sdr Muhammad Yusri Omar. Mereka bekerja keras dari siang hingga ke tengah malam demi memastikan MG 2020 ini berjalan dengan lancar. RR

Isu Pada

Mac 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.