RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Disember 2023

Cukai jalan Digital Tak Perlu Dicetak - JPJ

KUBANG PASU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pemilik kenderaan persendirian yang menggunakan cukai jalan digital melalui aplikasi MyJPJ tidak perlu mencetaknya untuk tujuan pengesahan jika melalui mana-mana sekatan jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, pengguna hanya perlu menunjukkan cukai jalan digital tersebut sahaja jika diminta oleh penguatkuasa.

“Mana-mana pengguna yang ada aplikasi MyJPJ boleh guna cukai jalan dalam aplikasi itu untuk tunjukkan kepada pihak berkuasa kalau ditahan tetapi jika rasa ragu-ragu boleh cetak dan simpan dalam kereta.

“Sebenarnya tidak ada masalah berkaitan keperluan pengguna untuk cetak cukai jalan itu, dia boleh guna aplikasi dalam MyJPJ untuk tunjukkan cukai jalan itu dengan syarat cukai jalan tidak tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Penutup Jamboree Kadet JPJ Peringkat Kebangsaan di Akademi Binaan Malaysia, Sintok di sini hari ini.

Aedy Fadly mengulas kekeliruan orang ramai berkaitan cukai jalan digital dalam aplikasi berkenaan yang didakwa perlu dicetak sebagai pengesahan untuk ditunjukkan kepada penguat kuasa jika melalui sekatan jalan raya.

Beliau menambah, pengguna juga tidak perlu was-was ketika menggunakan aplikasi tersebut kerana mereka tidak akan dikenakan tindakan jika tidak menunjukkan cetakan lesen tersebut.

“Mana-mana pemandu yang cukai jalannya sah tak perlu takut dengan operasi jalan raya oleh pihak berkuasa kerana dalam aplikasi itu sah dan kita tak akan ambil tindakan,” jelasnya.

Aedy Fadly juga berkata, kesedaran orang ramai berkaitan aplikasi MyJPJ dan JPJ ID juga semakin meningkat.

“Sehingga minggu lalu, lapan juta pengguna jalan raya mendaftar JPJ ID dan 7.1 juta daftar aplikasi MyJPJ. Jadi kita ada kira-kira 17 juta pemegang lesen dan sudah separuh mendaftar digital.

“Tahun depan kita akan tingkatkan lagi promosi berkaitan aplikasi ini sehingga menjelang 2025,” katanya. RR


 

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.